Hiburan By: SGMS Faida January 12, 2019 @ 1:03am

Ibu Diana, Linda Rafar Meninggal Dunia

Selepas beberapa hari dirawat di Hospital Shah Alam akibat beberapa komplikasi, ibu kepada penyanyi adik beradik Linda dan Diana Rafar meninggal dunia, sebentar tadi.

Menerusi laman Instagram Diana, dia memohon agar pengikutnya mendoakan kesejahteraan roh ibunya, Rasimah Abdul Rahman.

“ Assalamualaikum semua. Baru sekejap tadi mak Diana meninggal dunia. Tolong doakan mak kami, Rasimah Abd Rahman.

“Minta tolong semua. Saya tak boleh mesej sesiapa untuk cakap perkara ini. Tolong tuliskan dalam Instagram atau apa-apa, minta (doakan) dia semua.

“Alhamdulillah, tadi kami adik-beradik sempat bertemu mak dan mengajarnya mengucap. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa mak,” katanya menerusi perkongsian di Instastory.

Tambahnya, dia reda dengan ujian ini serta menyifatkan arwah merupakan seorang insan yang kuat.

Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam (HSA) dan dijangka dikebumikan di Seksyen 21, Shah Alam, pada jam 9 pagi hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

Niena Baharun Kini Bergelar Ibu… Tahniah!

Niena memilih untuk bersalin menerusi kaedah pembedahan kerana menyedarinya dirinya seorang yang penakut.

Hiburan Thu, 18 Oct 2018

Psst…7 Hal MENARIK Yang Perlu Korang Tahu Sebelum Pergi Menonton Gol & Gincu Vol 2

Kenapa Fazura tidak berlakon dalam Gol & Gincu Vol 2 eh? Nak tahu, jom baca info di atas!

Hiburan Mon, 13 May 2019

E1 Gamit Raya Zaman Dulu Dalam Rindu Lebaran

Babak mengejar ayam memang paling mencabar tambah pula kami bertiga tak pandai pegang ayam sangat.

Hiburan Tue, 11 Jul 2023

[VIDEO] – Sharnaaz Ahmad Pujuk Amelia Christie – “Lelaki Ada Dua Pilihan Nak Jadi Alpha Atau…” 

Syempoii Mamuuuu 🤣 Dengan Amelia auto jadi kucing mainecoon ek 🤣

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

One FM「Crazy Rich One」送轿车又送现金奖

One FM在今年迎来十周年,为了感谢听众朋友这十年来的陪伴,One FM承诺将继续为听众带来更多的惊喜与欢乐!

Featured Mon, 29 Nov 2021

Lagu Cinta Kita 3: Kay & Ika Tersingkir, Ada Pasangan Dapat Restu Kahwin? Jom Recap Episod 5!

Episod kelima Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) yang bertemakan cinta agung berlangsung pada malam tadi. Episod terbabit telah menyaksikan persaingan antara lima pasangan iaitu Hariz & Wanie, Malhamka & Yuveena, Pasya & Puteri, Kay & […]