“Ice Pun Boleh Cair…” – Peminat Melting Lihat Nadhir Nasar Jalankan Tugas Anak Lelaki

Baru-baru ini, pelakon, Nadhir Nasar meraih tumpuan ramai dalam satu perkongsian gambar apabila dia memuat naik gambar raya pertama di hadapan gerai.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, juara Hero remaja tersebut dilihat sedang menjalankan tugas seorang anak lelaki dengan membeli ais batu di pagi hari raya.

Apa yang lagi menarik perhatian netizen apabila Nadhir yang berpakaian baju melayu biru sambil memegang ais batu itu datang dengan kapsyen berbentuk ‘pickupline’.

“Ada je ni you. Cakap dekat mama, ice otw okay,” tulisnya.

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata warga maya jadi tak keruan dan membalas ‘pickupline’ yang diberikan olehnya.

“Tak cair ke ice tu Nadhir, you kan hot. Ice pun boleh cair tengok you. Bukan setakat ice cair, i pun cair.

“Mama kata baik tapi minta cepat sikit. I tunggu dari semalam lagi u, jauh betul u beli ais tu. air oren pun dah habis orang sedut,” ujar netizen.

Ada yang mengikut cara Nadhir ambil gambar di hadapan kedai ais batu yang sama.

Nurul Hana