Ifa Raziah Akur Penarikan Diri Ruhainies  – “Harap Semua Berpuas Hati”

Pelakon sensasi, Ruhainies mengumumkan penarikan dirinya dari terlibat dalam acara StarVedors Mega Raya 2024 yang akan berlangsung pada 29 Mac hingga 1 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Katanya, dia akur dan menghormati keputusan yang dibuat Ruhainies.

“Kami akur dan hormati keputusan Ruhaines untuk menarik diri daripada menyertai acara di KLCC pada kali ini. Diharap, dengan keputusan ini, semua pihak berpuas hati.

“Rentetan kemelut yang melanda antara dua ahli keluarga StarVendors, kami di StarVendors sentiasa mendengar keluhan daripada semua pihak dan kami juga tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini,” ulasnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Sdn Bhd, Datuk Saripah Raziah Mustapha atau lebih dikenali sebagai Ifa Raziah menerusi kenyataan rasmi yang dimuat naik di Instagram Story miliknya pada Sabtu.

Terdahulu, Ifa Raziah ada pihak mahu memboikot acara itu jika Ruhainies kekal sebagai salah seorang peniaga di situ. Ia susulan kes membabitkan pelakon itu disyaki berkhalwat dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz baru-baru ini.

Salma Syahbuddin