Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain August 25, 2022 @ 12:22pm

Imran Aqil Dedah Amal Doa Nabi Musa Untuk Pikat Dahlia – “Terus Allah Bagi Cash”

Penyampai radio Hot FM Imran Aqil mendedahkan dirinya mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya yang merupakan seorang pempengaruh, Dahlia Rizal.

Pendedahan tersebut telah dibuat oleh Imran ketika membuat live di TikTok, sekali gus membuatkan video perkongsian itu tular di platform tersebut.

Menurut Imran, dia menyifatkan amalannya itu sangat menakjubkan selepas doanya terus dimakbulkan dan menjadi kenyataan.

“Saya nak cerita satu benda yang saya rasa macam, wow menakjubkan. Straight dapat. Saya baca satu doa Nabi Musa ni. Doa ni ada kisah dia tapi saya tahu sikit.

“Ketika itu Nabi Musa berada di bawah pokok. Baginda ada dua pilihan wanita untuk berkahwin dengan si kakak ataupun si adik. Kemudian baginda membaca doa tersebut,” katanya.

Imran menjelaskan pengisian doa tersebut merupakan permintaan untuk mendapatkan kebaikan dan cuba menghafalnya demi mendapatkan Dahlia.

“Ya Allah, Aku perlukan kebaikan, Aku inginkan kebaikan. Kahwin tu kebaikan, sebab kahwin ni pahala 24jam ibadah.

“Sebelum nak pikat Dahlia, saya baca dalam 10 ke 15 kali untuk hafal. Dan Ustaz Muhaizad kata sujud terakhir baca 16 kali dan saya pun buat.

“Tiba-tiba Dahlia mesej, mak dia kata ‘kalau ada sesiapa nak masuk minang bagitahu mak’. Pastu saya macam kenapa Dahlia cerita kata saya macam ni? Saya baru hafal doa tu belum amalkan lagi, terus Allah bagi cash,” kongsinya.

@farrich2022 Reply to @myntshaz Part 5 : Rahsia Imran pikat Dahlia dengan Doa’ 😍 Nak part 6 tak? #dahliarizal #imranaqil ♬ original sound – ImranDahlia’s Stories 🤍

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh pengguna @farrich2022, video tersebut telah menerima sebanyak 105.4k ‘likes’ dan 430 komen.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata peminat pasangan itu teruja dan kagum dengan perkongsian yang dibuat oleh Imran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 16 Oct 2020

Kena Hina Gemuk Macam B*bi – Faizdickie Nekad Berubah, Hilang Lebih 25 Kilogram

Selebriti popular Instagram, Faizdickie hilang lebih 25 kilogram selepas merehatkan diri selama empat bulan di laman sosial. Faiz atau nama sebenarnya, Mohd Nasrul Faiz Abu Azal, 32, kini muncul semula di Instagram dan tampil dengan […]

Trending Thu, 28 Apr 2022
Trending Mon, 20 Jun 2022

2 Minggu Tanpa Makanan, Kucing Peliharaan Makan Tuan!

Kerana tiada bekalan makanan selama dua minggu, kucing-kucing peliharaan ini makan tuan.

Featured Wed, 3 Feb 2021

Bayaran Rayuan GKP Bermula 5 Februari 2021

Semoga nasib para peniaga kecilan terbela

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Ezlynn Kecewa Lagu Kurang Popular?

Mungkin kali ini kurang menerima sambutan, sebaliknya rezeki pada masa akan datang pula.

Featured Mon, 11 May 2020

Keracunan makanan, sakitnya lebih teruk daripada bersalin!

Ketahui beza keracunan makanan, cirit-birit

Hiburan Fri, 13 Feb 2026
Events Thu, 21 Dec 2023
error: Content is protected !!