Hiburan By: Maya Basir June 10, 2023 @ 12:21pm

Individu Dakwa Tak Bayar Hutang Kahwin Tahun 2006, Ini Respons Linda Rafar – “Jangan Kurang Ajar Sampai…”

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar didakwa oleh seorang individu bahawa dia masih tidak menjelaskan hutang pada tahun 2006.

Memetik laporan mStar, Linda mengatakan tuduhan tersebut tidak benar kerana hampir keseluruhan majlis perkahwinannya pada 2006 diuruskan oleh pihak hotel.

Menurutnya, yang terlibat dalam perkahwinan itu hanya kenalan terdekat sahaja dan tidak berurusan dengan pihak luar.

“Saya rasa dia salah orang. Tak ada kena mengena langsung dengan saya. Perkahwinan saya diadakan di Hotel Concorde dan semua persiapan disediakan oleh pihak hotel.

“Saya ingat semua orang yang terlibat dalam perkahwinan saya. Semuanya kawan-kawan dan saudara mara, tiada langsung kaitan dengan orang luar,” jelasnya.

Terdahulu, menerusi perkongsian hantaran BeautifulNara di Facebook, Linda dedah dirinya boleh membaca hati orang selain pandai mengurut.

Meninjau di ruangan komen itu, terdapat individu membalas dengan mendedahkan Linda masih tidak membayar hutang ‘goodies’ sewaktu nikah dahulu.

Malah, individu itu tidak dapat menghubunginya dan sering mengelak apabila diminta bayar.

“Bagus la boleh baca hati, tolong baca hati saya boleh tak? Eh takpelah. Saya luahkan terus. Hutang goodies kahwin bila nak bayar? Sampai la ni. Malas nak kejar dah. Dah pergi rumah asyik mengelak. Call memang tak angkat. Macam mengemis.

“Tiap kali nampak post pasal dia ni hati aku membuak-buak je. Tak boleh positive dah. Kalau dia baca, saya remind: SACC goodies time nikah,” dakwanya.

Mengulas lanjut kenyataan itu, Lindu memberitahu dia tidak mengenali individu berkenaan dan bersedia untuk bertemu bagi menyelesaikan isu ini.

“Memang saya tidak kenal siapa dia. Sajalah ni nak mengaibkan orang. Kalau betul orang ini wujud dan kata kita tipu dia, kenapa dia tak datang jumpa.

“Katakanlah kalau saya terlupa, mesti kita akan ingat balik ada lagi ke hutang yang kita belum bayar.

“Tapi kalau dia berani buat macam ni, saya minta dia ke depan untuk bertemu dengan saya sendiri. Saya nak jumpa tengok siapa dia. Jangan kurang ajar sampai tahap komen di media sosial,” ujarnya.

Untuk rekod, Linda dan suami, Syed Aiman mendirikan rumah tangga pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sebelum itu, Linda pernah berkahwin dengan Keifli Othman dan dikurniakan dua cahaya mata.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Tahniah! Zaaim Juara Mentor 7

Alhamdulillah… Tahniah Zaaim!

Hiburan Wed, 20 Nov 2019

Funky Fresh Studios Dan JD Sports Malaysia Bergabung Tenaga Anjur Junior Dance Camp 2019

Anak anda minat tarian hip hop? Ini masanya untuk belajar dengan profesional pada musim cuti sekolah ini!

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

李幸倪大哭自认在感情中过份理性

在香港乐坛一直努力耕耘的Gin李幸倪,日前推出《很坚强》打响2018年首炮!全新一年被赋予新称号「坚Lee」的她笑指,新称号有让她多了一份亲切感,似乎拉近了她与大家的距离。

Trending Wed, 28 Nov 2018

Viral Harvint Singh Buat Hal!

Kalau akak ni pun kecut perut kalau ada customer macam Harvint ni

Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Alif Satar Buang Karakter Lelaki Romantik Demi PIA?

Asyik bawa karakter lelaki romantik je, Alif Satar nekad keluar zon selesa.

Trending Fri, 23 Mar 2018

Wow! Wanita Ini Mengaku Cintakan Trump

Wanita itu juga tidak menolak kemungkinan hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan. Namun, Rumah Putih sebelum ini menafikan Trump memiliki sebarang hubungan dengan McDougal. Macam mana ni?

Events Mon, 12 Feb 2018

HERE’S A LIST OF THE AJL32 WINNERS!

The 32nd Anugerah Juara Lagu ended with an overwhelming response from fans and viewers. Did you catch who the winners are? Here’s a list of all of them.