Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 7, 2024 @ 4:19pm

Individu Puji Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila Sebagai ‘Co Parent,’ Tuan Badan Respons – “Mudah Di Mata Orang Luar, Tapi Hakikatnya…”

Umum sedia maklum, bekas pasangan selebriti, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabiła sering mendapat pujian ramai terutamanya dalam kematangan mereka menjadi ibu bapa kepada putera tersayang, Jebat Jayden.

Meskipun sudah lama bercerai, namun Sharnaaz dan Nabila masing-masing menjalinkan tanggungjawab sebagai ‘co-parent’ dengan baik dan sentiasa melibatkan antara satu sama lain dalam setiap aktiviti Jebat.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ada individu di platform X menzahirkan kata-kata pujian kepada Sharnaaz dan Nabila.

Individu tersebut berkata tiada mana-mana pihak yang dapat menandingi kedua-dua selebriti itu menjadi ibu bapa yang sudah terpisah.

“No one can beat Sharnaaz and Nabila as co-parent,” tulis individu berkenaan.

Susulan itu, aktor filem The Original Gangster tampil membalas ciapan tersebut mengatakan perkara tersebut tidak selamanya berkekalan, namun berharap agar orang ramai terus mendoakan agar hubungan itu berterusan.

“Tak selamanya sunshine (indah), mesti ada pasang surut.. Doakan ianya berterusan. Mudah di mata orang luar, tapi hakikatnya bukan mudah awak,” katanya lagi.

Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, ramai dalam kalangan netizen mendoakan agar Sharnaaz dan bekas isterinya, Nabiła kembali berjodoh.

Namun jelas kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa itu berharap orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan Jebat kerana perkara itu lebih membahagiakan mereka.

Artikel Berkaitan: Kongsi Momen Bawa Jebat Jayden Bercuti Di Jepun Bersama Noor Nabila & Amelia Christie, Sharnaaz Ahmad Dipuji

Artikel Berkaitan: “Doa Untuk Anak Kita Je, Both Of Us Ada Kehidupan Masing-Masing” – Netizen Tak ‘Give Up’ Minta Berjodoh Dengan Sharnaaz Ahmad,  Noor Nabila Tampil Beri Respons!

Artikel Berkaitan: “Dia Okay, Dia Wanita Kuat!”- Sharnaaz Ahmad Buka Mulut Isu Cerai Noor Nabila & Engku Emran

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun perkahwinan mereka terlerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Artikel Berkaitan: Syaikhul Minta Lamborghini Kalau Nak ‘Pikat’ Sumayyah, Gelagat Jebat Jayden Buat Ramai Terhibur! Noor Nabila & Puteri Sarah Pula Diusik Akan Jadi Besan

Artikel Berkaitan: “Aku Tak Pernah Jumpa Kau, Tapi Aku Nak Peluk Kau Brother!”- Faham Perasaan Fizi Ali, Sharnaaz Ahmad Mohon Jangan Pisahkan Ayah & Anak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Nov 2021

Video Nyanyian Lagu Easy On Me Aina Abdul Tarik Perhatian Adele

Penyanyi Aina Abdul bersyukur dapat menarik perhatian penyanyi terkemuka Adele walaupun video nyanyian lagu Easy On Me hanya dipaparkan dalam tempoh 24 jam di Instagram Story. Memetik laporan Berita Harian, Aina telah berkongsi video nyanyian […]

Hiburan Thu, 4 Jul 2019

Izzue Islam Tak Mahu Tangguh Lagi, Bakal Jalani Ujian Kesuburan

Izzue Islam memaklumkan sudah merancang berjumpa doktor bagi menjalani ujian kesuburan pada tahun ini.

Hiburan Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Mon, 15 May 2023
Featured Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Tue, 30 Jan 2018

Aktor Glee Ditemui Mati Gantung Diri

Kematian Mark Salling memeranjatkan dimana pelakon ini ditemui mati dengan menggantung diri, awal pagi semalam.