Influencer Anggap Sekolah Tak Penting, SPM Tak Ada Value… Naim Daniel Beri Respons – “Tak Semua Orang Perlu…”

Penyanyi, Naim Daniel memberikan respons terhadap pempengaruh yang menanggap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak penting.

Pempengaruh tersebut berkata SPM tiada sebarang nilai, selain turut mengakui tidak mempunyai pemahaman dalam kitaran haid wanita.

“Bila aku lihat semula apa pengalaman aku di sekolah dahulu, takde value langsung, sekolah SPM ni semua kosong.

“Tapi kalau kita betul-betul fikir kan, the real value adalah ilmu Allah. Kau bayang aku dah kahwin.

“Contoh bini aku alami pendarahan, haid itu standard. Kadang-kadang dia exceed hari, ini darah apa? Kalau macam ini apa kena buat?

“Dah boleh solat ke belum? Bapak malu, kau suami tapi tak boleh jawab soalan itu. Itu belum pasal anak lagi. Kencing dia suci tak?

“Memang dulu kita belajar basic tapi bila comes to practice yang ilmu perlu digunakan, kau akan buntu. Malu gila,” katanya dalam video podcast tular di seluruh platform media sosial itu.

Susulan itu, berdasarkan pemerhatian XTRA, pelantun lagu Sumpah itu seakan tidak bersetuju dengan kenyataan pempengaruh tersebut.

Menerusi platform X, Naik menganggap tidak semua orang boleh membuat podcast.

“Kita perlu bersetuju yang; Tak semua orang perlu buat podcast,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai bersetuju dengan pendapat Naim itu.

Sebelum ini, penyanyi As’ad Motawh menjadi sebutan ramai selepas kenyataannya memgenai hadir ke sekolah adalah satu pembaziran telah menerima kritikan ramai.

Artikel Berkaitan: Jangan Tersilap ‘Follow’ Pempengaruh, Sir Fathi Bimbang Generasi Muda Abai Pendidikan Akibat Termakan Kata-Kata Influencer Terkenal

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Pernah Cakap Belajar Tak Penting…” – Buat Pendedahan Berhenti Sekolah & Tak Ambil SPM, Aedy Ashraf Beri Nasihat Kepada Remaja

Aqilah Paharuzi