Suami Amyza Aznan Kritikal, Terpaksa Ditidurkan Kali Kedua -“Doktor Beritahu Dia Sudah 50-50”

Suami kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir, 49, dilaporkan terpaksa ditidurkan kali kedua selepas tahap kesihatannya semakin kritikal sebentar tadi.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon yang popular menerusi drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin itu berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya.

“Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua.

“Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.

“Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya.

Dia yang berasa terkilan kerana tidak dapat menemani suaminya akibat peningkatan kes Covid-19 berasa sedih apabial terpaksa berulang-alik ke hospital.

“Saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya.

“Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” jelasnya.

Terdahulu Khairil dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Suami Amyza Aznan Sudah Sedar, Keadaan Stabil Tetapi Masih Dipantau Di ICU

 

Sumber: Harian Metro

Salma Syahbuddin