‘Ini Ikhtiar Terakhir…’- Pak Ya Mohon Sumbangan Bayar Peguam

Pengawal keselamatan  yang  menjadi  mangsa  pelawak  Lan  Pet  Pe t 6  April  lalu  menjelaskan  tabung  kutipan  derma  yang dijalankan  Persatuan  Penduduk  Acacia  Park  Desa  Jati  di  Nilai,  Negeri  Sembilan  adalah  atas  permintaannya  sendiri.

Yahya  Manap,  70,  atau  dikenali  sebagai  Pak  Ya  juga  berkata,  dia  tidak  berkemampuan  untuk  menanggung  kos guaman  yang dikatakan  bakal  menelan  kos  sebanyak  RM 5,000.

“ Pak cik mohon dana ini daripada penduduk untuk menggunakannya bagi menampung kos guaman, inilah ikhtiar terakhir saya.

“ Namun apabila kes mahkamah selesai, dana ini akan dipulangkan semula dan akan dimasukkan ke tabung wakaf surau taman ini,” kata Yahya kepada mStar.

Dalam pada itu, Yahya berkata, dia masih menanggung kesakitan pada pinggang akibat kecederaan yang dialami dalam kejadian itu dan kini bergantung kepada ubat tahan sakit.

Terdahulu, pengawal keselamatan yang menjadi mangsa belasahan pelawak terkenal itu dikritik hebat netizen setelah dia dikatakan seolah-olah cuba meraih simpati masyarakat bagi meneruskan kes saman malu terhadap Lan Pet Pet.

SGMS Enal