Ini Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2018 Kategori Bukan Drama & Teknikal

Anugerah Skrin 2018 (ASK 2018) semakin hampir ke kemuncaknya! Tahun ini, ASK 2018 mempertaruhkan sebanyak 30 kategori termasuk 9 kategori bukan drama dan teknikal.

Malam kemuncak bakal diadakan pada 2 November 2018 bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Bertempat di Marriott Putrajaya sebentar tadi, beberapa pemenang bagi kategori bukan drama dan teknikal telah diumumkan di acara Melodi Khas ASK 2018.

Antara selebriti yang hadir pada acara penyampaian anugerah   ialah Datin Diana Danielle, Elly Mazlein, Nad Zainal, Datuk Tarmimi Siregar dan ramai lagi.

Anugerah Skrin 2018

  1. Montaj Terbaik

Anugerah Juara Lagu 32, Episod Fesyen Dan Muzik

Penerbit Nurul Huda Hj Khalid & Aida Azira Hussin

  1. Rancangan Dokumentari Terbaik

Majalah 3,  Episod OPS Benih Buaya

Nurul Fariha Onn & Nurwanah Kiramli

  1. Rancangan Bual Bicara Terbaik

Halaqah Episod Jin atau UFO

Hj Ahmad Noor Sulaiman

  1. Laporan Khas Berita Terbaik

Siri laporan khas- Tajuk Imbauan Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz Ittifaqiah

  1. Reka Bentuk Set Terbaik

Anugerah Juara Lagu 32, Tema Fesyen Dan Muzik

Mohd Izuan Munshid 

  1. Rancangan Hiburan Terbaik

Bintang Bersama Bintang Raya

Aiezul Reeza (Bundle) & Sufian Isa

Tahniah buat kesemua pemenang! 

SGMS Faida