Categories: HiburanSelebriti

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Jika sebelum ini timbul desas desus bahawa Fazura akan bernikah dengan Fattah Amin,  timbul pula pelbagai spekulasi sejak malam semalam apabila dikatakan mereka sudah pun bernikah secara senyap.

Sejak malam tadi para wartawan tanah air kecoh dengan khabar angin mengatakan Fazura dan Fattah Amin sudahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling Jaya. Walaupun pernikahan itu dilakukan secara senyap namun, kami dikhabarkan oleh pihak wartawan lain terdapat sebuah khemah yang telah didirikan dan khemah tersebut juga telah dihiasi dengan perhiasan ala-ala majlis perkahwinan.

Kediaman nenek Fazura. Tempat dikatakan berlangsungnya majlis nikah pasangan meletop ini

Apa yang lebih menguatkan lagi khabar angin ini ialah, keluarga Fattah Amin dikatakan turut berada di “majlis” tersebut. Malah, laluan masuk di sepanjang kediaman tersebut dikawal dengan ketat.

Jika dilihat menerusi gambar yang dimuat naik oleh Fattah Amin di laman Instagramnya, Fattah telah menulis statusnya sebagai “semoga semuanya di permudahkan” dengan berlatar belakangkan gambar Kaabah.

Antara status Fattah yang mengundang kontroversi

Wow! Adakah ini sebenarnya hint Fattah Amin dan #roadtopekan Fazura untuk memberitahu secara tidak langsung kepada semua yang sedang menantikan statement daripada newlyweds ini? Sama –sama kita nantikan! Haaa… Gitchuuuu!

 

 

 

 

Salma Syahbuddin