Featured By: Maya Basir January 4, 2023 @ 5:33pm

Isma Sane Lebih ‘Feel’ Bawa Derita Versi Piano & String

Lagu Derita nyanyian Isma Sane telah berjaya memperkenalkan namanya ke persada muzik tanah air dan hasil ciptaannya menjadi antara lagu popular ketika itu.

Video muzik (MV) lagu Derita yang dilancarkan pada September 2018 sudah mencecah lebih 33 juta tontonan merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan buat penyanyi dan komposer muda ini.

Kini, Ismail Sane kembali melancarkan lagu Derita versi piano dan ‘string’ selepas muncul beberapa single seperti Kembali, Pergi Jauh, Kamu dan Dia, Sayang Sayang.

Menurut pengarah Beegood Music, Amir Arshad, versi rakaman baharu lagu Derita itu sebagai hadiah kepada peminat setia Isma Sane.

“Selepas empat tahun lagu Derita dilancarkan, jumlah tontonan sudah melebihi 33 juta. Ia satu pencapaian yang cukup membanggakan buat penyanyi baharu seperti Isma.

“Apatah lagi perlu bersaing dengan penyanyi dan lagu baharu ketika itu. Malah, lagu Derita ini juga masih menjadi siulan hingga kini.

“Disebabkan itu, sebagai tanda terima kasih dan penghargaan kepada peminat dan mereka yang sudah menyokong lagu Derita ini, kami memutuskan untuk membuat rakaman semula. Cuma, sesuatu yang cukup istimewa apabila versi baharu ini adalah menggunakan piano dan ‘string’.

“Kami mahu peminat mendengar lagu Derita ini dari sudut yang baharu dan lebih segar. Kita nak peminat turut sama merasai ‘feel’ dan penghayatan yang disampaikan Isma Sane dalam rakaman versi piano dan ‘string’ ini,” katanya.

Tambah Amir, pemilihan instrumen piano dan ‘string’ adalah bersesuaian dengan emosi dan melodi lagu itu.

“Lagu ini benuh dengan emosi jadi ia kena dengan piano dan ‘string’. Saya nak lebih rasa sedih lagi, jadi sebab itulah kami merakamkan semula dengan vokal terbaharu.

“Dalam masa sama, ada juga beberapa bahagian tambahan dalam lagu ini iaitu dari segi lirik. Lagu ini dipilih kerana sudah jadi ‘trademark’ Isma Sane.

Apabila dia menyanyikan lagu ini, orang sudah tahu itu dia. Pendek kata, lagu ini sangat dekat dengan peminat Isma Sane,” ujarnya.

Lagu Derita versi piano dan ‘string’ dilancarkan secara rasmi pada 16 Disember di semua platform muzik digital. Serentak dengan itu MV lagu turut ditayangkan di saluran YouTube Beegood Music.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 21 Jan 2023
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Events Tue, 4 Dec 2018

Fill Your School Holiday with Fun in Sunway Lagoon!

There are so many activities just for the holidays!

Featured Thu, 22 Aug 2019

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Walaupun ia tak berlaku di Malaysia, ini tetap Bumi kita.

Hiburan Tue, 15 May 2018

Park Yoo Chun and Fiancé Called Off the Wedding?!

It seems like the couple has broken up.

Hiburan Wed, 11 Oct 2023

Nabil Mahir Tak Bagi ‘Ikat Peranakan’, Ayda Jebat Menangis Gara-Gara…

Min pun terharu dengar.. Sangat tak pentingkan diri suami Ayda ni

Featured Tue, 31 Jan 2023