Isteri Ayie Floor88 Terima Gangguan Seksual, Ditawar Bayaran Sehingga RM5,000 Untuk Buat Panggilan Video

Vokalis Kumpulan Floor88, Ayie mendedahkan isterinya, Tasha Awie menerima gangguan seksual dari individu yang tidak dikenali menerusi kiriman mesej langsung (DM) baru-baru ini.

Menurutnya, individu tersebut menawarkan wang sebanyak RM2,000 untuk satu kali panggilan video.

Malah, mahu menambah jumlah wang tersebut sehingga RM5,000 dek kerana terdesak untuk melepaskan nafsu serakahnya.

“Nak ajak buat panggilan video sebenarnya. Tapi benda tak baik la. Awak cuma tengok je bukan buat sekali.

“Sekali panggilan video RM2,000, tapi ini rahsia antara kita. Bayaran lepas video call, nanti lari pula.

“Serius ni, saya up lagi RM5,000,” tulis individu tersebut.

 

Tidak berdiam diri dengan hantaran jijik tersebut, Ayie turut mencabar individu terbabit untuk bersemuka dengannya.

“Kalau suatu hari dia nak jumpa saya depan-depan saya okey.

“Kita sudah biasa dengar mengenai perkara ni, tapi bila jadi dekat isteri sendiri memang terkejut, tapi isteri saya hatinya kental” katanya.

Sementara itu, Ayie menjelaskan, dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya individu terbabit bertindak di luar batasan.

“Kalau sampai melampau, memang saya akan buat laporan polis

“Sampai mesej terakhir tadi individu itu tak balas, mungkin dia pun dah nampak saya tagged dia di Instagram.

“Kalau nak fikir baik, mungkin orang itu ada masalah kewangan atau emosi tak stabil. Tapi kalau secara nyata apa yang saya boleh cakap, lelaki itu memang miang” jelasnya.

 

Sumber: Instagram, Utusan

Salma Syahbuddin