Isteri Hamil Anak Pertama, Glenn Fredly Masih Berahsia?

Penyanyi Glenn Fredly masih berahsia dan selesa tidak berkongsi kisah rumah tangganya bersama, Mutia Ayu.

Timbul spekulasi bahawa isterinya kini hamil anak pertama.

“Nanti sahaja ya soal berita hamil ini. Terima kasih ya teman-teman,” ujar Glenn kepada Tribun Seleb, semalam.

Sebelum ini, penyanyi lagu Januari ini pernah memberi bayangan dia dan isteri bakal menyambut orang baru.

Sementara itu, Glenn memohon doa yang terbaik daripada peminat.

Sebelum ini, Glenn memuatnaik sekeping gambar isterinya memakai gaun putih sambil memegang perut.

“Love you both forever,” tulisnya ringkas.

Pasangan selebriti ini dilaporkan berkahwin pada 19 Ogos lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Perkara itu disahkan oleh adik Glenn, Moses yang memaklumkan majlis itu berlangsung lancar di Taman Kajoe, Jakarta, Indonesia. 

Ini merupakan perkahwinan kedua bagi Glenn Fredly. Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga Dewi Sandra. Perkahwinan itu bertahan selama tiga tahun sebelum bercerai pada 2009.

SGMS Faida