Categories: Trending

Tular Foto Tak Senonoh, Penganjur Ekspo Tatoo 2019 Mohon Maaf

Pihak penganjur Ekspo Tatoo Malaysia 2019 mengemukakan satu kenyataan permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas apa yang berlaku.

Menurut pengasas Balckout Trading Carlos atau Benny berkata, insiden yang berlaku tidak disengajakan sepanjang ekspo ini berlangsung.

Menerusi kenyataan tersebut, mereka memohon maaf secara ikhlas hati atas tentang insiden tersebut yang berlangsung pada 29 Nov hingga 1 Disember lalu.

Tambah mereka lagi, atas kekurangan sifat kewajaran tidak sepatutnya berlaku.

“Kami sememangnya mendapat sokongan dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) bagi Ekspo Tattoo Malaysia 2019”

Bagaimanapun, kami gagal mengemukakan aktiviti yang bakal dilangsungkan pada hari kejadian. 

Kami berserah apa sahaja keputusan yang dibuat oleh MOTAC dan MyCEB serta kami akan menerima apa jua keputusan. Kami akan berjanji untuk lebih berhati-hati dan memperbaikinya pada masa hadapan.

Sumber: Tatoo Malaysia Expo 

SGMS Enal