Tahniah! Isteri Sharnaaz Ahmad Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa syukur selepas isterinya Noornabila selamat melahirkan seorang bayi lelaki, pagi tadi.

Tulis pelakon Cinta Bukan Kristal itu di laman Instagramnya sebentar tadi, dia berterima kasih pada semua sahabat dan keluarga yang mendoakan keselamatan isterinya.

“ Alhamdulillah… Syukur pada Allah yang maha kuasa… Hari ini pada jam 9.01 pagi, 30/08/2018 lahirlah anak pertama kami @noornabila… Terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat semua atas doa dan ingatan.

“ Maaf saya tak mampu balas semuanya mesej. Alhamdulillah ibu dan anak sihat,” tulisnya dengan tanda pagar BabyJ di akhir ayat.

Lebih menggembirakan, tarikh lahir anak sulungnya itu bersamaan dengan tarikh lahir Sharnaaz.

 

Sementara itu, pengacara Neelofa yang merupakan adik kepada Noornabila turut mengucapkan tahniah kepada kakaknya itu menerusi rakaman video di Instagram.

“Baby J selamat dilahirkan. Alhamdulillah dan tahniah kakak,” kata Neelofa.

Video tersebut memperlihatkan Noornabila sedang bersiap sedia sebelum bergerak ke bilik bersalin.

Kami di xtra.com mengucapkan tahniah buat Sharnaaz dan Noor Nabila atas kelahiran Baby J! 

SGMS Faida