Isu Artis Kekwat Layan Peminat, Dolla Tampil Beri Respons!

Penyanyi berkumpulan popular, Dolla tampil memberi pandangan mengenai isu yang terpalit melibatkan pelakon baru yang namanya kian meningkat naik iaitu Amir Ahnaf selepas didakwa berkelakuan ‘kekwat’ ketika berhadapan peminatnya baru-baru ini.

Menurut salah seorang ahli kumpulan wanita berkenaan iaitu Tabby, setiap artis akan melalui situasi sama seperti aktor itu, namun sebagai seorang selebriti menyantuni peminat juga perlu walaupun berada dalam keadaan penat.

“Sebagai artis kita just try our best in every moment walaupun penat.

“Kami pun faham je maybe he had a human moment you know.. Tapi sebenarnya our job is cuba yang terbaik untuk layan dan juga memberikan sokongan kepada mereka sepertimana mereka berikan sokongan kepada kita. So, kami akan cuba yang terbaik at all time untuk memberikan yang sama kepada peminat kami,” katanya.

Dolla komen isu artis kekwat, anggap selebriti perlu beri yang terbaik.

Dolla berkata demikian ketika ditemui pada majlis Pelancaran Pizza Hut x Dolla yang berlangsung di Sunway Pyramid, Petaling Jaya pada Khamis.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Syasya menjelaskan terdapat segelintir peminat yang mungkin faham keadaan ataupun situasi artis kegemaran mereka pada ketika itu begitu juga sebaliknya.

Namun, dia tidak menolak bahawa peminat perlu menjadi keutamaan dan patut diberikan layanan terbaik.

“kadang faham je, sometimes ada masanya kita terlalu penat, dan ada fans juga yang faham dan ada yang tak faham jadi based on Amir Ahnaf punya case, saya pun faham lah… tapi kalau kami, kami akan cuba yang terbaik layan peminat walaupun dalam keadaan penat,” jelasnya.

Terdahulu, isu artis kekwat mula mendapat perhatian selepas pelakon drama bersiti popular Project High Council itu dikatakan memalingkan muka dan sengaja tidak mengendahkan kehadiran peminat yang menunggunya untuk mengambil gambar.

ARTIKEL BERKAITAN:Digelar Kekwat Layan Peminat? Amir Ahnaf Enggan Perjelas Situasi Sebenar

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Dituduh Sombong? Netizen Tampil ‘Back Up’ – “Dia Pun Manusia Juga”

Salma Syahbuddin