Isu Artis Wanita Kembali Free Hair, Fatin Afeefa Titip Pesan… Minta Netizen Jangan Cepat Jatuh Hukum – “Kita Pun Bukan Baik Sangat!”

“Orang tu nak pakai ke, nak buka ke biarkan dia. Sebab dekat akhirat, Allah tak tanya dia tak pakai tudung kemudian kau pula kena seksa”.

Demikian respons pelakon Fatin Afeefa selepas memberikan pendapatnya berkenaan pemakaian hijab menerusi sesi siaran langsung di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Fatin memaklumkan, menutup aurat adalah perkara paling utama yang perlu diambil berat dek kerana pemakaian hijab bukanlah menjadi  keutamaan.

“Pakai tudung tak wajib, tapi tutup aurat itu wajib. Tak kisah lah nak pakai apa pun janji tutup aurat. Tak nak pakai tudung, pakai baldi nampak muka pun boleh.

“Sebab tu tutup aurat wajib. Saya tak cakap saya baik tapi bila orang cakap pakai tudung wajib, tapi pakai pakaian macam balut nangka, pakai baju nampak bont*t.

“Sebab tu, ada segelintir orang pemahaman dia tudung tu wajib. Tapi kalau anda rasa betul, betul la. Tapi kalau pakai tudung tu wajib, macam tu saya bolehlah pakai turban tapi nampak leher,” katanya.

Dalam hantaran sama,  Fatin turut menitipkan pesanan buat netizen agar tidak cepat menjatuhkan hukum kepada mana-mana individu yang kini tidak lagi mengenakan hijab.

“Orang itu nak pakai ke, nak buka ke, biarkan. Sebab dekat akhirat, Allah tak tanya dia tak pakai tudung kemudian kau pula kena seksa.

“Jangan bercerita buruk pasal orang, sebab kita punbukan baik sangat. Jadi jangan risau, pelakon itu nak buka tudung ke, buka baju ke biarlah. Awak tak ada kena mengena dengan dia.

“Doa yang baik-baik sahaja, kadang bila anda bercakap buruk pasal orang tu, bila dia berubah, dia jadi lebih baik dari anda,” jelasnya.

Terdahulu, isu melepaskan hijab kembali hangat diperkatakan selepas pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengejutkan ramai pihak dengan keputusannya untuk tidak lagi memakai tudung.

Artikel Berkaitan: Lagi Selebriti Wanita Berhijab ‘Unboxing’… Mawar Rashid Buka Tudung – “Saya Dah Cuba, Tapi Gagal”

Artikel Berkaitan: “Asal Dia Bahagia & Tenang Dalam Hidup” – Ahli Keluarga Sokong Segala Keputusan, Fazley Yaakob Yakin Mawar Rashid Dah Fikir Dengan Matang

Artikel Berkaitan: “Bukan Begitu Nak Jadi Penghuni Syurga, Ujian Tu Akan Angkat Darjat…” – Ustaz Ahmad Dusuki Ulas Isu Mawar Rashid Kini ‘Free Hair’

 

Sumber: TikTok, Gempak

Salma Syahbuddin