Featured By: Khairil Khusyairi April 5, 2023 @ 7:00pm

Isu Curang Makin Menjadi-Jadi, Dr Fadzilah Kamsah Beri Pesanan Padu Buat Pasangan Yang ‘Main Kayu Tiga’ – “Beringatlah Sebelum Terlambat”

Pakar motivasi terkenal, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah tampil membuat satu kenyataan berkaitan isu curang dalam rumah tangga meraih tumpuan warganet baru-baru ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram, Fadzilah menulis bahawa sesuatu hubungan yang retak gara-gara dicurangi takkan pernah kembali normal.

Menurut Fadzilah, biarpun hubungan pasangan itu reda dengan pujukan namun luka tetap akan terpahat di hati biarpun sudah memaafkan.

“Hubungan takkan pernah kembali normal apabila pasangan berlaku curang.

“Benar, kita boleh memaafkan. la boleh dilafazkan dan keadaan nampak seperti kembali normal. Si dia ‘move on’ dan begitu juga dengan kamu.

“Tetapi kita kena sedar ni, memaafkan tak bererti melupakan. Sungguh, pasangan memujuk, “takpalah. Lupakanlah semua tu, maafkan saya ya.’

“Lalu, kamu pun mengiyakan. Niat untuk reda tetapi bukan senang nak lupakan. Luka di hati, kan? Siapa yang tahu,” kongsinya di Instagram.

Sehubungan dengan itu, Fadzilah yang sudah lama mengendali ribuan kes curang rumahtangga masyarakat turut memberi pesan terhadap mana-mana pasangan yang berlaku curang agar bersedia dengan kehilangan pasangan kelak.

“Maka buat kalian di luar sana yang bermain kayu tiga di belakang pasangan kamu, beringatlah sebelum terlambat.

“Ingatlah bahawa sebuah kepercayaan itu umpama kaca. “Once broken, considered sold.” Sekali pecah, kalian yang kena menanggung ‘harganya’.

“Maka siaplah untuk kehilangan pasangan, hatinya, kepercayaannya dan sudah cinta,” pesannya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret Di Shanghai, Neelofa Akan Ke Sana

Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa diterbankan ke Shanghai, China untuk menyaksikan pertunjukan fesyen Victoria’s Secret Fashion Show

Trending Wed, 30 Jun 2021
Trending Tue, 13 Mar 2018

火山喷出「惊天巨猫」照片疯传

日本九州宫崎县与鹿儿岛县交界处雾岛山新燃岳火山,自从3月1日开始持续发生火山活动,10日凌晨2时喷发时、烟尘一度高达4500公尺,因此发生了罕见的火山雷现象。只是当地居民也意外发现,火山喷出的烟尘形状竟然像是一只猫咪,照片也立刻引起了网路疯传。

Hiburan Sat, 9 Mar 2019
Featured Wed, 11 May 2022
Trending Sun, 11 Feb 2018

Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’

Dari Mak Cik Bawang’, Wanita Kini Pun Boleh Jadi ‘Mak Cik Pedang Samurai’