Isu Fitnah Yang Meninggalkan Parut Mendalam? Ini Respons Nurul Shuhada

Isteri pelakon sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mencuri perhatian selepas meninggalkan komen di sebuah hantaran Instagram Jabatan Netizen Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, pemilik akaun tersebut bertanya mengenai pengalaman pengikutnya yang pernah difitnah sehingga meninggalkan kesan mendalam.

“Apa jenis fitnah yang pernah kau lalui dan sampai sekarang tak boleh lupa?”

Susulan itu, Shuhada berkata dia difitnah menggugurkan kandungannya.

“Saya kena fitnah gugurkan kandungan,” tulisnya berserta emoji sedih.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen membalas komen tersebut yang berpihak kepada Shuhada.

Sebelum ini, mahkamah telah memutuskan untuk meneruskan perbicaraan kes pasangan ini selepas Hafidz disahkan waras.

Pada 2 Mac lalu, Hafidz didakwa menumbuk muka Shuhada sebanyak tiga kali ketika berlaku pertengkaran antara mereka.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan dan menyebabkan wajahnya mengalami parut kekal.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.

Terdahulu, Hafidz dilaporkan melafazkan cerai terhadap Nurul Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing pada 22 Februari lalu, sebelum isterinya itu memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada 28 Februari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:Hafidz Roshdi Waras! Kes Pukul Isteri Diteruskan Pada…

ARTIKEL BERKAITAN: “Allah Saksi Sebenar-Benarnya…” – Terbukti Hafidz Roshdi Waras, Nurul Shuhada Minta Diadili Dengan Baik

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Kahwin Dengan Athirah Yuhada? Ini Jawapan Hafidz Roshdi

Aqilah Paharuzi