It’s A Girl, Tahniah Nabil Ahmad & Zira Ayub!

Akhirnya terjawab sudah teka-teki mengenai jantina anak ketiga pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad apabila Zira Ayub selamat melahirkan seorang bayi perempuan, semalam.

Menerusi Instagram @meletop, Zira selamat bersalin pada jam 1.00 tengahari semalam.

“Tahniah Bambil @nabilzira & @zira.ayub selamat melahirkan baby girl jam 1.00 tengahari tadi. 3 anak dara dah hehehehe.

Dalam masa sama, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah selain selamat berpantang kepada Zira.

Nabil dan Zira mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

SGMS Faida