Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 4, 2024 @ 7:01pm

JAIS Arahkan Ustaz Don Tidak Bersiaran Di Stesen Radio

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih mesra disapa Ustaz Don, 40, tidak akan bersiaran di stesen radio Suria FM bermula esok.

Memetik laooran Harian Metro, pihak stesen tersebut berkata keputusan tersebut dilakukan atas arahan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Buat masa ini, Ustaz Don Daniyal iaitu penyampai jemputan bagi segmen Don Give Up, tidak bersiaran seperti biasa sehingga keputusan rasmi daripada pihak Jais.

“Kami akan sentiasa menghormati dan mematuhi setiap arahan pihak berkuasa dan akan memaklumkan perkembangan mengenai perkara ini,” katanya.

Difahamkan, pihak pengurusan stesen radio sudah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ustaz Don.

Sebelum ini, Ustaz Don ‘direhatkan’ daripada bersiaran dalam program Salam Baitullah 2024 terbitan stesen RTM pada 5 Jun lalu.

Malah, kecoh di aplikasi WhatsApp apabila tular sebuah notis dikeluarkan JAIS berhubung penangguhan program ceramah dan kuliah agama membaitkan pendakwah selebriti itu.

Terdahulu, Ustaz Don hangat menjadi sebutan ramai selepas terbabit dalam dakwaan berkongsi hadis tanpa sanad atau sumber apabila menyatakan memandang wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 ekor kuda ke jalan Allah.

Pendakwah selebriti itu turut memohon maaf berikutan memberi kenyataan mengelirukan di sebuah stesen radio berhubung ibadah berpuasa pada hari kedua, ketiga dan keempat Aidiladha.

Artikel Berkaitan: Ceramah Ustaz Don Di Seluruh Selangor Ditangguhkan? 

Artikel Berkaitan: Netizen Berdebat Isu Puasa Pada Aidil Adha, Ustaz Don Tampil Beri Penjelasan… Mohon Maaf Secara Terbuka

Artikel Berkaitan: “Saya Maafkan Semua Orang” – Ustaz Don Nafi Ingkar Arahan, Tak Sebut Langsung Hadis Tetapi Petik Kitab 

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jun 2018

Peminat Menanti Fazura Berhijab

Ramai peminat mahukan Fazura terus berhijab dan menutup aurat nampak lebih anggun dan cantik semestinya

Acara Wed, 7 Dec 2022

Enam Kategori Untuk Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Kini Bermula! 

Anugerah Drama Sangat 2023 kini kembali! Jangan lepaskan peluang undi drama-drama terbaik pilihan hati korang ❤️

Hiburan Fri, 19 Aug 2022
Featured Mon, 7 Nov 2022

[VIDEO] Tak Tertekan Soal Jodoh, Elfaeza Ul Haq Syukur Dihindari Maksiat – “Saya Tak Gemar Lelaki Suka Saya..”

Elfaeza tenang belum bertemu jodoh meskipun usia menghampiri 40 tahun ❤️

Hiburan Tue, 12 Mar 2019

DFKL Cari Pakej, Pengarah Nur Setuju Dengan Kenyataan A Aida?

Bayangkan kalau abam letak Siti Kasim sebagai heroin, korang sanggup setia tengok sampai episod 15 tak?

Trending Mon, 9 Oct 2023
error: Content is protected !!