Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 15, 2024 @ 11:36am

“Saya Maafkan Semua Orang” – Ustaz Don Nafi Ingkar Arahan, Tak Sebut Langsung Hadis Tetapi Petik Kitab 

Pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan berkaitan salah faham memetik hadis lemah sehingga disingkirkan daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan RTM.

Menurut laporan Berita Harian, Ustaz Don menafikan dia mengingkari arahan pihak stesen penyiaran apabila sekali lagi memetik hadis lemah ketika bersiaran di program tersebut semalam.

“Mereka hanya mendengar daripada satu pihak tanpa menyiasat hingga kenyataan saya dimanipulasi.

“Ketika bersiaran saya tidak sebut langsung mengenai hadis, tetapi saya memetik kitab ditulis oleh Imam An Nawawi Al Bunyan’ı berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith yang menghuraikan (Syariah) kitab Lubab Al Hadith.

“Beliau orang Melayu (Nusantara) yang menjadi imam Masjidil Haram.

“Mana mungkin Imam menulis perkara salah dan kalau saya memetik kitab berkenaan maksudnya Imam ini juga melakukan kesilapan,” katanya pada sidang media tergempar.

Dalam pada itu, Ustaz Don turut menjelaskan tujuannya memetik kitab tersebut sekadar mahu menggalakkan semua pihak memuliakan guru.

“Saya gunakan perkataan ulama untuk memuliakan guru, berbeza daripada apa yang didakwa. Ini kerana saya beri motivasi kepada orang ramai untuk beramal.

“Kita timbulkan penghormatan kepada guru, sambut dengan selawat, tetapi manipulasi tercetus sebab hanya sekerat sahaja video dilihat, bukan keseluruhan program berdurasi lebih sejam itu,” jelasnya.

Menerima keputusan tersebut dengan reda, Ustaz Don beranggapan agak mustahil baginya untuk mengulangi kesilapan sama kerana baru sahaja bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tempoh hari.

“Saya baru sahaja dipanggil JAKIM dan sudah diberitahu mengenai garis panduan berceramah supaya pendakwah berhati-hati dalam memilih perkataan dan jangan letak sewenang-wenangnya pada Nabi,” tegasnya.

Biarpun dihambat dengan kontroversi panas tersebut, Ustaz Don tetap berfikiran positif dan memaafkan semua orang.

“Saya memaafkan semua orang sebab malu saya kepada Imam Syafie. Sebab Imam Syafie memaafkan semua orang yang menyebabkannya dipenjara.

“Saya baru sedikit sahaja, direhatkan. Tidak ada terguris di hati kerana saya mengasihi semua umat Nabi Muhammad,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Suhaimi Sulaiman membuat pengumuman mengejut dengan merehatkan terus Ustaz Don Daniyal daripada mengendalikan program tersebut.

Ia ekoran timbul dakwaan mengatakan Ustaz Don berkongsi hadis tanpa sanad atau sumber apabila menyatakan memandang wajah guru lebih baik daripada sedekahkan 1,000 ekor kuda ke jalan Allah.

Sumber: Berita Harian

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Direhatkan Terus Daripada Bersiaran

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Status Hadis, Keputusan Rehatkan Ustaz Don Daniyal Kekal Untuk Elakkan Berlaku Perbalahan

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Ilmiah Dedah Ustaz Don Daniyal Guna 54 Hadis Bermasalah Dalam Sebuah Rancangan TV?

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Status Hadis, JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Beri Penjelasan 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ustaz Don Perjelas Dakwaan Sebar Dakwah Guna Hadis Palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Jan 2026

Nadia Brian Syukur Mulakan Tahun Baharu Dengan Nedim Nazri

Nadia meluahkan rasa syukur memasuki tahun baharu bersama cinta hatinya, Nedim

Featured Thu, 28 Nov 2024
Trending Thu, 4 Oct 2018

#herobombakami: Posting Terakhir Arwah Beri Bayangan Kematian

Al- Fatihah buat kesemua anggota bomba yang pergi meninggalkan kita. Semoga syurga buat kalian semua hendaknya, Insya Allah…

Featured Fri, 3 Feb 2023
Featured Sun, 7 May 2023
Featured Tue, 18 Nov 2025

Bila Nak Beria Ajak Kahwin… Bila Kantoi Curang Kata Isteri Macam-Macam” – Abby Abadi

Abby Abadi menyorot perhatian apabila berkongsi kenyataan meluahkan rasa kesalnya terhadap golongan lelaki yang didakwa mengkhianti golongan isteri dan bertindak menyalahkan pasangan sendiri.

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Alhamdulillah! Pengarah Terkenal Dengan Drama Dan Kontroversi Sah Peluk Islam

“Saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan kerana ianya antara saya dan Allah”,tambahnya lagi.

error: Content is protected !!