Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi June 10, 2024 @ 5:35pm

Isu Status Hadis, Keputusan Rehatkan Ustaz Don Daniyal Kekal Untuk Elakkan Berlaku Perbalahan

Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman, memaklumkan tempoh masa untuk pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan adalah kekal sehingga selesai pertemuan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut laporan Harian Metro, Suhaimi berkata keputusan tersebut dibuat bagi tujuan meredakan keadaan dari tercetusnya perbalahan orang ramai.

“Buat masa ini, keputusan merehatkan Ustaz Don kekal.

“Ia bergantung kepada hasil pertemuan antara kedua-dua pihak. Ustaz Don akan jumpa pihak Jakim dan sebarang keputusan yang bakal diambil RTM bergantung kepada hasil pertemuan itu.

“Buat masa ini, keputusan merehatkan Ustaz Don kekal dan tujuannya untuk mengelakkan berlakunya perbalahan antara umat Islam,” katanya.

Tambah Suhaimi lagi, dia ada bertemu dengan Ustaz Don untuk menjelaskan keputusan tersebut.

“Sehari selepas saya mengumumkan di aplikasi X, saya mengadakan pertemuan dengan Ustaz Don dan pengurusannya.

“Saya memberitahu padanya tindakan kami adalah untuk meredakan keadaan. Ustaz Don akur dengan keputusan jika itu adalah yang terbaik.

“Pertemuan ini berlangsung secara santai dan Ustaz Don memahami situasi yang sedang kami hadapi itu,” jelas Suhaimi lagi.

Minggu lalu kecoh apabila Ustaz Don direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) berhubung kontroversi dikaitkan dengan penceramah itu.

Ia susulan Don Daniyal mendakwa Baginda Rasulullah SAW pernah melamar seorang wanita, Ummu Hani’ sebanyak tiga kali dan cinta pertama Rasulullah semasa bersiaran di sebuah stesen radio.

Terdahulu, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (JMWP) tampil memberikan pencerahan berkenaan status hadis mengenai kisah cinta pertama Rasulullah SAW yang didakwa bahawa Nabi SAW pernah melamar Ummu Hani’ sebanyak tiga kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Tular Sebuah Kajian Ilmiah Dedah Ustaz Don Daniyal Guna 54 Hadis Bermasalah Dalam Sebuah Rancangan TV?

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Status Hadis, JAKIM Akan Panggil Ustaz Don Beri Penjelasan 

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Ustaz Don Perjelas Dakwaan Sebar Dakwah Guna Hadis Palsu

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran 

ARTIKEL BERKAITAN: Pensyarah Dakwa ‘Ustaz Selebriti’ Kerap Merepek & Baca Hadis Palsu – “Ditegur Tetap Tak Berubah” 

Sumber: Harian Metro

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Sep 2025
Featured Mon, 20 Mar 2023
Trending Wed, 4 Nov 2020
Featured Tue, 10 Jan 2023

“Kena Ada Duit Sendiri” – Puteri Sarah Kemukakan Ciri-Ciri Seorang Wanita Hebat

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana memberitahu ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang wanita agar sentiasa cekal menghadapi cabaran hidup. @fethgadget Pesanan untuk semua wanita diluar sana ❤️ #fethgadget #puterisarahliyana ♬ original sound – Feth […]

Trending Thu, 21 Nov 2019

Kereta Terbang Tak Dibenarkan Terbang, Betul Ke?

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) belum lagi memberi kebenaran jadi macam mana?

Trending Fri, 15 Jan 2021

Kerajaan Diminta Sedia Moratorium Menyeluruh, Tumpu Kepada B40 M40 Setiap Sektor

Kita doakan semoga ekonomi negara masih boleh dipulihkan!

Trending Thu, 20 Jun 2019

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃

毕业生收「泰国虾花」成全校焦点!同学围观想吃:有创意耶~

Filem Thu, 28 May 2026

Kata Hati Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi Tempatan

Kemunculan filem romantik komedi Kata Hati mebgubati kerinduan penonton terhadap naskhah ringan dan menghiburkan.

error: Content is protected !!