Selepas Aksi Cium, Fatin Afeefa Buat Hal Lagi!

Selepas isu kontroversi melibatkan gambar bercumbu dengan suami orang tersebar, kali ini Fatin Afeefa dikatakan menipu dan mempermainkan perasaan seorang isteri apabila menjalinkan semula hubungan bersama suami wanita berkenaan. Apa ni Fatin?

Menurut kenyataan yang dibuat oleh wanita yang dikenali sebagai Mag menerusi laman twitter miliknya, Fatin  sekali lagi mengecewakan beliau dengan cara menipu, iaitu dengan mengatakan bahawa artis itu sudah tiada kaitan dengan suaminya tetapi apa yang berlaku pula, sebaliknya.

Mag mula memuat naik screenshot perbualan whatsapp  suaminya bersama Fatin Afeefaa menerusi twitter sejak Ogos 2018 lagi, bertujuan untuk memberikan bukti yang sahih kepada netizen selepas pelakon berkenaan sebelum ini pernah berjanji tidak akan menjadi ‘perosak’ rumahtangga beliau lagi.

Haih!

Apapun, diharap Fatin Afeefa tulus dengan kenyataan yang dibuat berhubung isu ini nanti.

Salma Syahbuddin