Hiburan By: Padin September 19, 2021 @ 3:01pm

“Jangan Bandingkan Vokal Saya Dengan Arwah Achik” – Trending #2 Di YouTube, Tajul & Afieq Shazwan Nyanyi Semula Lagu Malam Semakin Dingin

Penyanyi Tajul dan Afieq Shazwan menyanyikan semula lagu Malam Semakin Dingin (MSD) yang pernah didendangkan oleh kumpulan Spin.

Selepas lagu MSD kembali popular semenjak beberapa bulan lalu di aplikasi TikTok, syarikat rakaman FMC Music tampil dengan versi baharu lagu ini yang dirakamkan oleh Tajul dan Afieq.

Lagu MSD ciptaan Aiman dan Lukhman S dimuatkan dalam album Spin 2 Litar Asmara yang diterbitkan pada tahun 2001 dan dinyanyikan oleh Allahyarham Achik.

Kini, lagu rakaman baharu MSD nyanyian Tajul dan Afieq berada di tangga kedua carta muzik di YouTube dan meraih hampir 700,000 tontonan.

“Sejujurnya saya gementar juga bila pihak pengurusan panggil untuk bincangkan tentang lagu ini. Tetapi apabila saya dimaklumkan yang saya bakal berduet dengan Afieq, saya rasa lega dan bersetuju.

“Saya cuma berharap agar peminat jangan bandingkan vokal saya dengan Achik. Walaupun kami adik beradik, tentunya cara nyanyian dan kemampuan vokal kami berbeza. Apapun, saya memang sangat kagum dengan kemampuan vokal arwah abang saya.

“Lagu ni memang dah selalu saya nyanyikan di karaoke, saya akui memang mencabar juga untuk nyanyikan lagu ini sebab ia bernada tinggi. Tetapi, saya bersyukur kerana dapat berduet dengan Afieq yang sangat membantu dan memudahkan proses rakaman.

“Kami tak ambil masa yang lama untuk siapkan lagu ini. Sewaktu rakaman lagu ni, jujur saya cakap ada timbul rasa sebak dalam hati dan rindu pada arwah Achik.

“Walaupun sewaktu hayat Achik kami tidaklah terlalu rapat, kami jarang berjumpa kerana Achik sibuk dengan kerjaya seninya. Apapun, saya bersyukur dan gembira kerana dapat nyanyikan semula lagu abang saya,” kata Tajul.

Menurut Afieq pula, dia teruja kerana dapat merakamkan lagu dalam genre sebegini.

“Saya suka sebenarnya lagu macam ni, inilah diri saya. Sebelum ini dalam pertandingan dan program realiti yang saya sertai, saya tak berpeluang nyanyikan lagu-lagu sebegini. Saya sangat berpuas hati sebab dapat meluahkan dan menyanyi dalam ‘feel’ 90-an.

“Sewaktu rakaman saya juga menyampaikannya lagu ini dengan cara 90-an. Bukan mahu meniru cara arwah Achik menyanyi, tetapi saya menghormati lenggok dan cengkok Melayu yang dinyanyikan penyanyi asal.

“Kalau kita dengar lagu-lagu era 90-an cara nyanyian mereka memang berbeza dengan penyanyi masa kini. Harapan saya semoga pendengar dapat terima lagu Malam Semakin Dingin dalam nafas baharu versi 2021,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Sep 2021

“Harap Dia Minta Maaf Secara Terbuka Kepada Saya & Orang Lain Yang Dianiaya… Tak Kisahlah Kita Pakai Baju Apa” – Caprice

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice memohon agar individu yang sebelum ini menganiaya dirinya dan orang laun untuk memohon maaf. Tidak menyebut nama mana-mana individu, Caprice memuat naik tangkap layar artikel yang memaparkan fotonya bersama Ustaz […]

Trending Mon, 5 Apr 2021
Featured Tue, 13 Dec 2022
Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Layarlah Kembali Momen Filem Pulang Anda Bersama Dayang Nurfaizah

Bagi sesiapa sahaja yang telah menyaksikan filem Pulang pastinya anda bukan sahaja dapat menghayati setiap pengorbanan dalam cerita ini, malah turut terbuai dengan kelunakan suara Dayang Nurfaizah menerusi lagu Layarlah Kembali bukan?

Hiburan Tue, 15 May 2018

Event Emcee Asks Audience to Chant Sexist Remark at TWICE

The emcee has apologised but people are still unhappy about the incident.