“Jangan Biasakan Lawak Lucah & Double Meaning Kepada Pelajar” – Lantang Bersuara! Pak Nil Mohon KPM Ambil Tindakan Tegas

Pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil lantang bersuara dan meminta agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas terhadap guru yang menjadikan lawak lucah sebahagian daripada pembelajaran mereka.

Tegasnya, ia adalah untuk memupuk kembali minat pelajar-pelajar agar kembali ke sekolah setelah sekian lama duduk di rumah.

“Kita tidak mahu wujud golongan pendidik yang membiasakan lawak lucah termasuk yang double meaning hingga menggalakkan perbuatan rogol dalam kalangan guru dan pelajar.

“Ini termasuklah dakwaan masih ada amalan pemeriksaan haid secara fizikal di sekolah,” katanya.

Justeru itu, Pak Nil berharap agar pihak berwajib terutamanya pihak KPM mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat termasuklah para guru kerana mereka merupakan nadi di sekolah.

“Saya berharap pihak berwajib dan KPM ambil tindakan tegas kepada golongan guru yang bersikap sedemikian. Sekolah itu bukan tempat untuk ditakuti,” jelasnya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin memaklumkan bahawa KPM memandang serius dakwaan berhubung terdapat amalan pemeriksaan haid secara fizikal dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah.

Pihaknya juga komited dalam memastikan amalan itu tidak berulang, sekiranya ia benar wujud di mana-mana institusi KPM.

 

Sumber : Gempak

Salma Syahbuddin