Dendam Penunggu Bawa Mesej Tentang Anti-Buli

Dendam Penunggu merupakan filem original pertama dibawah tonton CINEMA mengisahkan tentang lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya yang menemukan rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka.

Pada masa yang sama, pelajar-pelajar ini juga menghadapi pelbagai cabaran daripada pembuli yang ada di sekolah mereka.

Sejajar dengan keadaan semasa yang mana buli telah menjadi satu perkara yang berleluasa terutamanya terhadap golongan belia, Dendam Penunggu yang merupakan filem bergenre seram aamat berkait dengan situasi yang dihadapi anak muda.

Antara barisan pelakon utama yang ditampilkan dalam filem ini adalah Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil dan ramai lagi.

Dendam Penunggu mengisahkan mengenai lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka.

Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

Dendam Penunggu juga menampilkan Sengsara nyanyian Khai Bahar yang dihasilkan oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K sebagai OST filem ini. Lagu ini membawa mesej anti buli yang disampaikan oleh penyanyi penuh berkarisma ini.

Jangan lupa untuk melanggan Dendam Penunggu bermula hari ini, 5 November secara eksklusif di www.cinema.tonton.com.my atau aplikasi tonton dengan harga langgan RM12.90 untuk tontonan selama 48 jam.

Arfah