“Jangan Buang Atau Bun*h” – Afdlin Shauki Tawar Diri Jaga Bayi

Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menawarkan diri untuk memelihara bayi yang tidak dapat dijaga dengan baik.

Menerusi laman sosial Twitter, Afdlin atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan memuat naik satu ciapan bertanya kepada pengikutnya jika terdapat pihak ibu bapa yang tidak dapat menjaga bayi dengan sempurna disebabkan malu atau tidak mampu.

Afdlin juga memberitahu agar tidak membuang atau membunuh bayi tersebut malah, meminta pihak berkenaan untuk memberikan kepadanya.

“Ada ke orang yang nak saya jaga baby diorang pasal tak mampu atau malu? Jangan buang atau bunuh baby tu. Biar saya jaga! Kalau ada message saya. Saya nak jaga,” ciapannya.

Hantaran tersebut mendapat pujian peminat malah ada yang mendoakan agar Afdlin sentiasa dimurahkan rezeki.

“So nice of you Afdlin. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu. You have a heart like an angel,” tulis netizen.

Nurul Hana