“Jangan Cium, Minta Izin Sebelum Sentuh…” – Mira Filzah Tegas Lindungi Anak, Tetapkan SOP Di Majlis Aqiqah

Pelakon jelita, Mira Filzah baru-baru ini mendedahkan wajah putera sulungnya, Wan Khair Amir setelah usianya genap mencecah lima bulan menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: Genap 5 Bulan, Mira Filzah Kongsi Gambar Anak 

Mira dan suami, Wan Emir Astar mengadakan majlis Aqiqah bertemakan ‘Hot Air Ballon’ buat anaknya itu secara kecil-kecilan dan dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, bekas pengacara Nona itu berkongsi beberapa Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan serta wajib dipatuhi setiap tetamu.

Antara SOP yang tertulis di ‘welcome board’ itu adalah, para tetamu yang hadir perlu sentiasa membasuh tangan, meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum menyentuh atau mendukung, dilarang mencium, serta tidak mendekati anaknya itu jika tidak sihat.

Sebelum ini, Mira pernah mendedahkan anakandanya itu dijangkiti virus COVID-19 namun bersyukur Amir tidak mengalami gelaja teruk.

Artikel Berkaitan: “Lega Bila Amir Tak Alami Gejala Teruk” – Anak Mira Filzah Dijangkiti Covid-19

Mira mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar pada 3 September 2020 dan dikurniakan anak sulungnya, Wan Khair Amir pada 10 Mei lalu.

Aqilah Paharuzi