Events By: Salma Syahbuddin May 1, 2023 @ 8:41am

Janji Persembahan Bertenaga, Lenka Bakal Hiburkan Lebih 2,000 Peminat Di Malaysia Malam Ini

Penyanyi popular menerusi lagu Travel Is A Friend dan The Show, Lenka bakal menghiburkan peminat di Malaysia malam ini.

Konsert yang berlangsung di lokasi muzik popular Zepp, Kuala Lumpur dijangka akan menghiburkan lebih 2,000 peminat dengan barisan lagu-lagi hitnya sekitar tahun 1994 sehingga 2020.

Menurut wakil penganjur konsert, Nika dari Push Play, konsert ini dianjurkan bagi memenuhi permintaan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong penyanyi berbakat itu.

“Kenapa kami memilih Lenka sebagai artis antarabangsa terbaru dari organisasi kami untuk membuat konsert, kerana kami percaya penyanyi ini masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam kumpulan peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjanya.

“Jadi untuk tidak mengecewakan peminat dan setelah beberapa proses yang dilalui sehingga dia dengan gembira ingin menghiburkan peminatnya di rantau Asia terutamanya di Malaysia,” katanya.

 

Lenka mengaku dia juga menggemari makanan pedas seperti Laksa dan nasi lemak ketika sidang media konsertnya pada Ahad.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Australia ini juga menjanjikan persembahan yang memukau dengan mendendangkan lebih 16 buah lagu popularnya kepada peminat.

Sekadar info, tiket konsert Lenka masih dijual dalam beberapa kategori iaitu RM189 (Standing Zone), RM239 (Upper Seated Zone) dan RM3,800 (VIP Box).

Manakala, peminat yang mahu mendapatkan tiket konsert masih boleh berbuat demikian melalui ‘walk-in’ di lokasi konsert dan pembelian tiket secara atas talian di www.myticket.asia.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 24 Apr 2018

Berjaya Tukar Nama, Selamat Tinggal Kentut!

Ihsan berkata anak lelakinya sering enggan ke sekolah kerana selalu diejek rakan-rakannya. Lihat betapa besar pengorbanan bapanya kepada anak, sanggup menukar nama!

Hiburan Tue, 12 Sep 2023

Selepas Filem Nota, Pasangan Suami Isteri Hasilkan magiK

Yasu & Bea Tanaka tampil dengan magiK!

Trending Mon, 12 Oct 2020
Kes Mahkamah Wed, 13 Mar 2024
Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Thu, 9 Feb 2023
Hiburan Sun, 16 Dec 2018

黄明志首次与黄小琥、李佳薇同台飙唱!自嘲是小丑

黄明志这个月22日将与黄小琥、李佳薇两个巨肺歌手在云顶飙唱,他坦承压力大自嘲像马戏团的小丑:「感觉上像来乱的!」

Trending Thu, 19 Jul 2018

Kenapa Hanya 2 Ulas Durian Untuk Setiap Hidangan

Kenapa hanya 2 ulas durian untuk setiap hidangan . Perlu elakkan pengambilan yang berlebihan