Featured By: Maya Basir April 6, 2023 @ 4:19pm

“Dia Bagi Alamat Taska…” – Dakwa Afiq Muiz Sengaja Lengah Masa, Pachara Rayu Beri Kerjasama Minta Diceraikan

Isteri kepada pelakon Afiq Muiz, Pachara Apin merayu kepada suami agar beri kerjasama bagi proses perceraian mereka.

Memetik laporan Harian Metro, Pachara atau nama Islamnya, Nur Aaira Mahdeya memberitahu bahawa Afiq memburukkan dirinya dengan menyebarkan pelbagai fitnah.

“Kalau benci sangat kepada saya dan sikap saya yang teruk, lepaskan saya. Cari isteri yang sesuai dan dapat tahan dengan awak.

“Dah terang-terang dia mengata saya, isteri dia. Macam saya teruk sangat. Jadi, apa lagi? Awak terang-terang bercakap benda buruk mengenai saya dan aibkan saya di media.

“Bukan sahaja aibkan tapi dia mendera saya secara fizikal selama tiga tahun. Jadi, apa lagi awak nak?

“Dari A hingga Z, dia banyak fitnah saya. Saya cuba sedaya upaya untuk tutup mulut. Biar mahkamah yang nampak sendiri bukti dan siapa yang curang,” katanya.

Mengulas tentang kes tuntutan fasakh yang ditangguh dan akan disebut semula pada 15 Jun hadapan, Pachara mendakwa Afiq sengaja melengahkan masa.

“Prosiding ini sepatutnya berjalan lebih lancar tapi sebab defendan (Afiq) hadir, saya rasa, dia nak lambatkan proses. Peguam saya pun maklumkan, ada bukti mesej yang sudah dihantar.

“Tapi, dia tak mahu berikan kerjasama. Bahkan, sewaktu peguam nak hantar surat pun, dia suruh cari alamat sendiri. Selepas cari beberapa alamat, dia hantar pula alamat taska. Dia seperti mempermainkan staf peguam saya dan itu tak patut,” ujarnya.

Terdahulu, prosiding keterangan saksi yang berlangsung hari ini ditunda selepas Afiq selaku defenden, hadir dan mengaku tidak menerima surat tuntutan cerai dari pihak guaman Pachara, sebaliknya mendapat tahu melalui media.

Pachara difahamkan sudah memfailkan permohonan fasakh terhadap Afiq pada Oktober tahun lalu.

Selain itu, Pachara pernah membuat laporan polis pada 14 Mei 2021 lalu atas dakwaan Afiq menampar bahagian mukanya sebanyak lima kali serta menendang perut dan menumbuk bahagian dagu sebanyak dua kali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 5 Dec 2020
Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Sun, 18 Aug 2019

杨丞琳《青春住了谁》世巡吉隆坡站票房走势凌厉!2价位门票已售罄

杨丞琳《青春住了谁》世界巡回吉隆坡站票房走势凌厉,288令吉和168令吉门票价位已售罄!

Hiburan Wed, 3 Jul 2019

Ganti Berlian Harga RM80,000, Dato Vida Diarah Minta Maaf

Usahawan kosmetik itu juga perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada media dalam sebuah sidang media khas sebelum 17 Julai 2019 dengan permohonan maaf spesifik dalam sidang media tersebut.

Featured Thu, 16 Jun 2022

#SeoulSaranghae: BTS ‘Hiatus’, Mahu Fokus Projek Solo

Tak kan lah ‘Hiatus’ kannnnn…. Mau menangis hakak!

Featured Tue, 23 Aug 2022

Maid Lari Tinggalkan Anak Sendirian, Ezzaty Abdullah Tertekan Sampai Susu Badan Kering

Kalau min dapat maid macam ni sampai lumat min kerjakan 😤🤣