Categories: HiburanTrending

Jenama Kopi Popular Tempatan Didakwa Guna Imej Dewa Yunani, Ungku Ismail Beri Respons Kepada Netizen Malas Membaca – “Mohon Berhenti Menjadi Jumud”

Pelakon dan pengarah Ungku Ismail tampil memberi respons ekoran segelintir pihak yang mendakwa rangkaian kedai kopi tempatan, ZUS Coffee menggunakan logo yang kononnya memaparkan dewa Yunani, Zeus.

Pelakon drama Adella Sofea menyeru orang ramai agar tidak berfikiran sempit dan mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial.

“Saranan kena boikot sebab namanya tuhan Zeus dan agama mensyirikkan Allah, mohon berhenti menjadi jumud!” tulisnya.

Ungku berkongsi perkara itu menerusi hantaran di laman Instagram Story miliknya beberapa jam lepas.

Ekoran salah tanggapan sehingga jenama tersebut diboikot, Ungku menasihati masyarakat agar membuat pembacaan dengan lebih teliti sebelum menjatuhkan hukum ‘syirik’ sewenang-wenangnya.

Akui bengang dengan tindakan memboikot tersebut, suami kepada pelakon sensasi Nad Zainal itu mengecam sikap malas membaca netizen.

“Sebaiknya lanjutkan kajian tentang Aqeedah, syirik, konsep, kepercayaan dan penyembahan, pendirian dan amalannya,” katanya.

 

Dedah Ungku, jenama berkenaan turut dianggap menyokong Israel dan salah tanggapan ini menyebabkan syarikat tempatan tersebut menanggung kerugian yang besar.

Dia kesal kerana niatnya hanya untuk minum kopi dan bukannya muntuk menyekutukan Allah dengan mempercayai tuhan Zeus yang terpampang dalam logo.

Syamir Shafie