Hiburan By: Padin August 16, 2023 @ 4:43pm

Julung Kali Diadakan Di Malaysia! TikTok Kerjasama Dengan TV3 Realisasikan TikTok Awards

TikTok Awards bakal dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia pada Ahad, 27 Ogos 2023, bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Meraikan dan memberi penghargaan kepada pencipta tempatan berbakat yang berani mencabar batasan kreatif, menjadi sumber inspirasi kepada komuniti dan mencorak industri penciptaan kandungan, acara anugerah ini merupakan jalinan kolaborasi aplikasi TikTok dan TV3.

Menurut Yin Yin Hooi selaku Ketua Pemasaran dan Operasi TikTok Malaysia, mereka teruja untuk membawakan TikTok Awards kepada warga Malaysia.

TikTok Awards Malaysia

Barisan pencipta kandungan yang tercalon dalam TikTok Awards Malaysia.

“Temasya yang berprestij ini akan meraikan pencapaian dan usaha luar biasa yang dipamerkan oleh warga pencipta tempatan kita yang merupakan tulang belakang platform ini.

“Sebagai acara yang terulung buat golongan pencipta pada tahun ini, kami berbesar hati untuk menerima penglibatan jenama-jenama di dalam dan di luar talian kerana ia juga dapat membantu anugerah ini menjadi batu loncatan untuk para pencipta mendapatkan banyak lagi pendedahan, yakni melalui kerjasama dengan jenama-jenama yang terkemuka.

“Tema ‘Yang Gah di Skrin Kecil’ mendemonstrasikan potensi membatasi sempadan untuk warga pencipta kita menggandakan dan mempersembahkan kejayaan mereka di atas pentas besar, seperti yang bakal kita saksikan pada 27 Ogos ini,” ujarnya.

Menurut Nini Yusof selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, acara ini memberi peluang untuk orang ramai memberi penghargaan terhadap content creator pilihan mereka.

“TV3 teruja dapat bekerjasama dengan TikTok untuk menganjurkan TikTok Awards pertama di Malaysia. TV3 akan menyiarkan secara langsung TikTok Awards Malaysia pada 27 Ogos jam 9.00 malam.

“Manakala, karpet merah TikTok Awards pula akan bersiaran pada jam 8.30 malam di TV9. Anugerah global ini juga membuka peluang kepada peminat untuk menyokong pencipta kandungan kegemaran mereka dan meraikan yang terbaik dalam komuniti TikTok,” kata Nini.

Anugerah ini akan dibahagikan kepada Pilihan Juri (Judge’s Pick) dan Pilihan Popular (People’s Choice). Bagi Pilihan Juri, para calon dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan dan keputusan akan dibuat oleh sebuah panel eksekutif. Calon-calon dalam enam kategori (Kecantikan & Fesyen, Pendidikan, Hiburan, Sukan, Permainan, dan Makanan) telah diumumkan di sidang akhbar TikTok Awards yang diadakan sebelum ini.

Untuk Pilihan Popular, TikTok akan membuka undian untuk orang awam dan para peminat boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengundi pencipta kegemaran mereka.

Undian umum bagi tujuh kategori (Creator of the Year, Rising Star of the Year, Popular Creator of the Year, Popular Animation Account of the Year, Celebrity of the Year, Live Creator of the Year and TikTok Shop Creator of the Year) bermula dari 15 Ogos, 10.00 malam hingga 26 Ogos 2023, 11.59 malam, dan undian boleh dibuat di https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/.

Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

TikTok Awards Malaysia.

Barisan hos yang bakal gamatkan TikTok Awards Malaysia.

Majlis anugerah ini akan dimeriahkan oleh para selebriti dan warga pencipta pujaan ramai termasuk Datuk Yusof Haslam, Bell Ngasri, Amber Chia, Farah Ann Abdul Hadi dan ramai lagi yang akan menyampaikan anugerah di atas pentas.

Para penonton juga bakal disajikan dengan persembahan yang mengasyikkan daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Zeppo, DOLLA, Marsha Milan, Ernie Zakri, Alyph dan ramai lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 6 Apr 2019

’Ramai Orang Ingat Saya Melayu’- Neeta Kongsi Pengalaman Lucu Dimarah Tokey Kedai

Saya tidak menganggap hal ini sebagai satu masalah besar malah melihat ada kelebihannya tersendiri.

Hiburan Wed, 16 May 2018

Here’s a Brand New Awesome Malaysian Band Everyone Must Check Out

They are young, fresh and totally worth listening to.

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Wed, 29 Aug 2018

Lama Tak Berlakon Filem, Didie Alias Mengaku Berdebar Masuk Set

Alhamdulillah, Didie Alias bakal masuk set pada Oktober depan di mana filem ini diarahkan oleh pengarah terkenal, Ghaz Abu Bakar. Good Luck Mummy!