Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2024 @ 6:45pm

Jumlah Ganti Rugi RM300,000 Terlalu Besar, Radhi OAG Enggan Selesaikan Dakwaan Kes Pukul Bekas Isteri Di Luar Mahkamah – “Tuduhan Tu Berat…”

Penyanyi, Radhi OAG enggan membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 terhadap bekas isteri, Nur Shahira Ayu Zahiri demi menyelesaikan kes pukul di luar mahkamah.

Kata Radhi, jumlah yang diminta bekas isterinya itu dianggap terlalu besar dan selebriti ini akan meneruskan perbicaraan kes tersebut di mahkamah.

“RM300,000 itu bagi saya sangat banyak. Jadi saya pilih selesaikan kes itu menerusi perbicaraan di mahkamah apatah lagi tuduhan terhadap saya sangat berat.

“Kalau betul saya buat (pukul), saya mengaku. Tapi masalahnya saya tak buat. Jadi teruskan dengan prosedur mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Radhi berkata dia berharap agar bekas isterinya akan menarik semula kes tersebut.

“Harapan saya mahu selesaikan cara baik. Sepatutnya sebelum ni dia tarik balik kes tapi dia minta saya bayar.

“Bagi saya, itu bukan jalannya. Saya tak setuju dan hari ini kita teruskan dengan perbicaraan,” ujarnya lagi.

Imbas kembali, Radhi sebelum ini didakwa menderakan bekas isterinya pada 19 April 2022, di Kota Damansara.

Bagaimanapun, Radhi mengaku tidak bersalah atas dakwaan tersebut.

Sekadar info, Radhi dan Shahira berkahwin pada 14 April 2014, namun berpisah pada 16 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Aisyah, 8, dan Muhammad, 7.

Artikel Berkaitan: “Benda Ini Banyak Kali Berlaku…” – Akui Sudah Penat, Bekas Isteri Radhi OAG Minta RM300,000 Settle Kes Pukul Luar Mahkamah

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Paksa Dia Untuk Tarik Kes…” – Radhi OAG Nafi Setuju Nak Bayar RM300,000 Pada Bekas Isteri

Artikel Berkaitan: Belum Rancang Nikah Kali Ke-3, Radhi OAG Mahu Kekasih Tamat Universiti Dulu – “Sebelum Kahwin Nak Keluarkan Album”

Sumber: mStar

Kredit foto: Berita Harian, Utusan Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Mar 2025

Sharifah Zarina Pertama Kali Tidak Pulang Beraya Di Sarawak, Fokus Persiapan Tunai Haji

Sharifah Zarina sambut hari raya sederhana, fokus ibadah haji

Hiburan Mon, 2 Mar 2026

Adriana Adnan Hanya Mahu Kongsi Pengalaman Sebagai Pelanggan Pasar Malam, Bukan Perlekeh Peniaga

Adriana Adnan hanya mahu berkongsi pengalaman sebagai pelanggan dan bukan untuk memperlekeh peniaga.

Hiburan Sun, 26 Aug 2018

Nazrief Nazri Sokong LGBT?

Tahukah anda, Nazrief sebelum ini pernah tampil dengan single berjudul Cinta Semalam?

Hiburan Tue, 9 Jul 2019
Hiburan Wed, 4 Apr 2018

Bertuahnya Mawar Rashid!

Untung Mawar, Selain cantik beliau juga bertuah kerana dapat memiliki suami yang romantik seperti Raff. Betul tak?

Drama Thu, 17 Nov 2022
Selebriti Fri, 10 Nov 2023
error: Content is protected !!