Featured By: Maya Basir December 21, 2022 @ 6:48pm

K-Clique Terkesan ‘Hilang’ Tuju, Noki Mengaku Terasa Hati – “Kami Hanya Mampu Sabar & Tunggu…”

Kumpulan hip hop popular K-Clique didakwa mengalami perselisihan faham apabila salah seorang ahlinya, Tuju tidak kelihatan semasa Konsert Havoc Midnight pada September lalu.

Memetik laporan Harian Metro, ketiadaan Tuju pada majlis perkahwinan salah seorang ahli kumpulan terbabit, FareedPF yang berlangsung pada Oktober lalu turut menguatkan lagi dakwaan tersebut.

Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Noki berharap pertanyaan tersebut boleh diajukan sendiri kepada Tuju bagi mengelakkan salah faham.

“Saya tidak mampu berkata apa-apa kerana semuanya berpandukan daripada Tuju.

“Kalau nak tahu cerita sebenar lebih baik tanya Tuju sendiri. Bagi pihak K-Clique, tiada apa yang perlu saya jelaskan,” katanya.

Menurut Noki, Tuju kini sedang berada di Sabah dan dikhabarkan bakal kembali semula ke Kuala Lumpur tidak lama lagi.

“Kami sudah tidak berhubung sejak tiga hingga empat bulan lalu. Sepanjang tempoh ini, kami tidak berkomunikasi langsung dengannya.

“Ini adalah fasa biasa untuk kumpulan seperti K-Clique. Ini kerana kami sudah kenal sejak kecil lagi.

“Jadi, bila berlaku perkara seperti, rasanya tidak perlu untuk difikirkan sangat. Mungkin Tuju ada masalah keluarga dan banyak tanggungan.

“Kami beri ruang untuk Tuju menyelesaikan masalahnya. Saya percaya kalau Tuju sudah bersedia, dia akan cari kami semula,” ujarnya.

Disoal sama ada dia terasa hati dengan Tuju, Noki tidak menafikan kerana ia memberi kesan kepada K-Clique.

“Jujurnya, memang terasa apabila ramai bertanya mengapa Tuju tidak lagi bersama K-Clique.

“Kenapa Tuju tidak membuat persembahan bersama. Penganjur juga pelik kenapa kami tinggal bertujuh.

“Ia juga memberi kesan kepada K-Clique. Tetapi, tidak mengapa, benda dah nak jadi. Kami hanya mampu bersabar dan tunggu apa yang akan berlaku seterusnya,” katanya.

Selain Noki dan Tuju, K-Clique turut dianggotai oleh MK, Fareed, Somean, KDeaf, Gnello dan NastyNas.

Lagu nyanyian Noki dan MK berjudul Payung Pelangi berjaya melangkah ke Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) yang bakal berlangsung pada 12 Februari depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Mar 2019

Zulin Aziz Did Achey Justice, Winning RM10,000 Weekly Prize Again!

Will Achey be in the running to become the grand winner at this rate?

Cahaya Mata Thu, 14 Jul 2022

“Lunch Bersama Menantu Saya, Isteri Syamsul Yusof” – Kapsyen Ibu Mertua Puteri Sarah Curi Perhatian, Netizen Harap Ira Kaza Sedar

Alahai, beruntungnya Puteri Sarah dapat ibu mentua yang sayang macam anak sendiri.. Alhamdulillah, ini pun salah satu rezeki indah juga kan 🥺🥰

Featured Sat, 9 Sep 2023
Trending Tue, 13 Apr 2021

“Kiosk Jualan Kena Pecah Masuk, Operasi Jualan Terganggu” – Ujian Tak Halang Putra Amaris Teruskan Program Infaq Ramadan

Biarpun ditimpa ujian, pelakon Putra Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, 36, tetap melaksanakan program Infaq Ramadan bermula 10 April sehingga 20 April ini. Menurut Amaris, dia menganggap setiap halangan yang datang merupakan satu bentuk […]

Trending Mon, 2 Jul 2018

“Dear Najib, Racial Politics is So Yesterday…”

Netizens are responding to Najib’s racial statements.

Hiburan Wed, 24 Apr 2019

Tak Jadi Saman, Pak Ya Maafkan Lan Pet Pet

Saya bukannya pendendam. Segala perbuatan dan kekhilafan Lan terlerai sebaik kami bersemuka…

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

Doakan A Rahman Hassan…

Pelakon dan pengarah Khir Rahman, mengesahkan kesihatan ayahnya, Dato A Rahman Hassan semakin merosot sejak di masukkan ke wad ICU semalam. Melalui satu kiriman Whatsapp kepada rakan media hari ini, Khir memberitahu sesiapa yang mahu […]