“Kahwin Je La, Halal Nak Pegang Mana Pun” – Fadzil Zahari Tegur Aksi Bersentuhan DSV & Lucinta Luna Di Pavilion

Nama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuat naik sebuah video bersama selebriti dari seberang, Indonesia iaitu Lucinta Luna yang berada di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.

Video yang berdurasi 15 saat di Instagram miliknya memaparkan DSV dan Lucinta bergelak ketawa di sekitar kompleks beli belah berkenaan sehingga terbaring di atas jalan tanpa menghiraukan orang disekeliling mereka.

Malah, video tersebut turut meraih perhatian netizen di mana rata-rata daripada mereka meluahkan rasa bimbang dan berang melihat aksi DSV yang besentuhan dengan Lucinta seperti yang diketahui umum adalah seorang lelaki.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri oleh komen-komen netizen yang memberi teguran ‘pedas’ serta mengecam tindakan usahawan berjaya itu seakan memalukan diri sendiri dan dianggap tidak matang.

Turut tampil membidas tindakan DSV tersebut ialah, pelakon dan suami kepada Yana Samsudin iaitu Fadzil Zahari yang turut berang melihat tindakan DSV.

Menerusi komen tersebut, Fadzil yang juga adik kepada pelakon terkenal, Farid Kamil memberi nasihat kepada DSV untuk berkahwin dengan Lucinta bagi mengelak melakukan penzinaan dengan bersentuhan dengan bukan mahram.

“Kahwin je la Datuk, halal nak pegang mana pun,” tulisnya.

Aqilah Paharuzi