Kahwin Kali Ketiga, Opick Mohon Doa Peminat

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Rapuh, Opick mengumumkan berita pernikahan  kali ketiga di Instagram, semalam. 

Menerusi laman sosial @opick_tomboati, Opick atau Aunur Rofiq Lil Firdaus memberitahu dia telah berkahwin dengan wanita bernama Bebi Silvana.

“Bismillah.. Assalammualaikum Mohon doanya para guru dan sahabat sekalian… semoga kami diberi keluarga sakinah mawaddah warahmah…,” tulis Opick semalam. 

Dalam masa sama, Opick turut memohon doa pengikutnya di Instagram bagi perkahwinan kali ini. 

“Dan semoga di berkahi hari harinya dg rezki melimpah barokah manfaat jauh dari musibah dan bencana dimudahkan segala urusan nya di ridhoi hari2 nya…”

“Dimudahkan dalam ibadah diberi rohmat dan hidayah… diberi anak anak menyelamatkan yg sholeh dan sholeha selamat dan Trimakasih,” katanya.

Difahamkan, ini merupakan perkahwinan ketiga buat Opick selepas bercerai dengan isteri pertamanya, Dian Rositaningrum.

Kemudian, Opick berkahwin dengan wanita bernama Wulan. Namun begitu, Wulan meninggal dunia pada Mac lalu.

SGMS Faida