“Kaki Bengkak & Lebam, Batuk Tak Berhenti…”- Doktor Tak Tahu Punca Sakit, Amar Baharin Bimbang Kesihatan Amyra Rosli

Pelakon Amar Baharin memaklumkan keadaan terkini isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Amyra Rosli yang dikatakan mengalami sakit misteri.

Perkara itu dikongsi Amar menerusi hantaran terkini yang di muat naik di Instagram miliknya.

Menurut Amar, keadaan isterinya itu bukan lah sekadar mengalami sakit biasa kerana, kaki Amyra terdapat kesan lebam selain bengkak seperti orang bersalin.

“Isteri saya tak berapa sihat. Kaki ada kesan lebam-lebam, sendi satu badan sakit dan kaki bengkak macam orang nak bersalin, Saya rasa watery retention. Malah, Amyra juga mengalami batuk tidak berhenti,” katanya.

Sementara itu, Amar yang bimbang dengan keadaan isterinya itu juga berkata, setakat ini doktor masih tidak dapat jalan penyelesaian terhadap sakit yang dialami Amyra.

“Ada siap-siapa alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak? Sebab doktor masih tak dapat solution kepada penyakit dia. Kalau ada mohon share please. Kami tengah ikhtiar,” jelasnya.

 

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat kepada pelakon drama rantaian popular, Nur mendoakan agar Amyra segera sembuh dari penyakit yang dialaminya.

Terdahulu, pada Januari lalu, Amyra Rosli atau nama sebenarnya, Nur Amira izzati Rosli, 31, dimasukkan ke pusat perubatan selepas doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan dalam darah.

Salma Syahbuddin