Kalau Jumpa, Tolong Beritahu Saya!

Penyanyi Zahid Baharuddin memohon orang ramai memaklumkan segera kepadanya jika ternampak atau melihat bapanya, Baharudin Md Arif yang tidak dapat dikesan sejak pagi tadi. 

Menerusi Twitter @Zahid Baharudin, penyanyi itu meminta sesiapa yang ternampak kereta jenis Preve Silver bernombor plat DCS 6092 agar memaklumkan kepadanya.” Sila tahan dan maklumkan pada saya sebab papa saya dia bawak kereta dan dia tak ingat dia nak pergi mana. Mohon bantuan kawan-kawan,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Zahid memberitahu, bapanya tidak sihat dan masih bergantung dengan ubat.

“Ingatan papa sangat lemah selepas terkena angin ahmar ringan tahun lepas.

“Papa keluar hari ini pada jam 11.15 pagi tanpa pengetahuan ibu yang berada dalam rumah.

“Papa memakai baju kemeja-T berwarna merah bata dan berseluar hitam serta keluar tanpa telefon bimbit, kad pengenalan, lesen dan lebih membimbangkan tiada wang di tangan,” katanya.

Zahid memohon jika sesiapa terjumpa bapanya agar menghubunginya di talian 0172558298.

“Semoga Allah lindungi papa,” katanya.

SGMS Faida