“Kalau Letak Orang Cakap, Tak Letak Pun Orang Cakap”- Tak Kongsi Foto Di Media Sosial, Siti Nurhaliza Dah Terima Vaksin

Isu selebriti dan suntikan vaksin semakin hari semakin mendapat perhatian ramai.

Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Walaupun sudah menerima suntikan, Siti memutuskan untuk untuk tidak memuat naik sebarang gambar di media sosial kerana ingin menjaga sensitiviti.

“Saya dah vaksin, saja je tak letak sebab kadang-kadang kalau kita letak orang cakap, Terbaru, penyanyi no 1 negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza memberitahu bahawa dirinya telah mendapatkan vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.tak letak pun orang cakap kan. Jadi biar sajalah kita tahu dan kita sendiri tahu.

“Mana yang tahu tu, tahu je lah. Kalau nak gambar nanti saya post lah.

Beliau berkongsi berita itu ketika mengadakan Instagram Live bersama rakan artis, Fara Fauzana.

Dalam pada itu, Siti menyeru orang ramai untuk segera mendapatkan vaksin bagi mencegah penularan COVID-19 daripada terus berjangkit.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”