Categories: Trending

“Mamp*s Lagi Baik, Adapun Perangai Macam B*d*h..”- Diugut Netizen, Caprice Bagi Jawapan Padu

Selepas isu kontroversi penyanyi rap, Caprice bersama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berakhir dengan permohonan maafnya beberapa hari lalu, kini penyanyi itu sekali lagi tampil mendedahkan bahawa dirinya kini menjadi mangsa ugutan seorang individu yang dikenali sebagai @ejang94.

Perkara itu dikongsi Caprice menerusi muat naik dilaman instagram miliknya bersama-sama bukti yang dihantar oleh individu tersebut.

 

Tidak terhenti di situ, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 32, dilihat bakal membawa perkara tersebut kepada pihak  berkuasa.

“Tak perlu ugut. Jaga-jaga. Pilih satu cara @pdrmsia_official atau kasar?Dua-dua kita uruskan walaupun kita tak sampai KL lagi. Insya-Allah” balasnya.

Malah, Caprice juga turut mendedahkan wajah individu yang menghantar direct message (DM) berunsur ugutan itu di laman instagramnya.

Namun, rata-rata followers Caprice memberi respon agar penyanyi ini tidak melayan tindakan  ‘kurang bijak’ individu tersebut.

Terbaharu, Caprice akan muncul menerusi Instagram (IG) Live, jam 10 malam ini bagi menjernihkan keadaan selepas mencetuskan kontroversi membabitkan misi kemanusiaan membantu rakyat Gaza di Palestin, baru-baru ini.

Salma Syahbuddin