‘ Kami Bukan Tawar Hati, Kami Hanya Beri Dia Masa Berfikir’, Forteen Jawab Dakwaan Izzue Islam

Anggota kumpulan Forteen mengadakan sidang media khas hari ini susulan pengunduran salah seorang anggotanya, Izzue Islam baru-baru ini.

Menurut Ariz Lufias, dakwaan yang dibuat Izzue sebelum ini adalah bercanggah sama sekali dengan apa yang mereka lakukan.

“ Waktu Izzue umum mahu keluar daripada Forteen, kamu hanya mampu tepuk tangan kerana kami sangat terkejut.

“ Beberapa kali kami perasan, riak wajah Izzue sedikit berlainan sejak kebelakangan ini.

“ Setiap kali dia nampak lain, kami akan datang pada dia dan tanya ‘Kau okay tak?’ Kami ada jumpa Izzue dan meminta maaf dan ajak berbincang.

“ Dia yang tidak mahu mendengar. Ia bukan fokus kepada masalah tetapi lebih kepada sifat ego. Terfikir juga, adakah dengan melutut baru dia akan maafkan kami?.

“ Jujurnya kami bukan tawar hari, kami hanya beri masa untuk Izzue berfikir secara rasional,” kata Ariz di sidang media yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.

Dalam masa sama, mereka tidak pernah meminggirkan Izzue sebelum ini.

“ Kami dah bergerak sama selama tujuh tahun. Tiada istilah untuk pulaukan ahli kumpulan sendiri.

“ Kami hanya beri tempoh bertenang tetapi tidak sangka Izzue mahu berundur diri pula. Ini tindakan terburu-buru,” katanya.

Forteen kini dianggotai oleh Wan, Ariz Lufias dan Ameerais ditemui pada satu sidang media khas penjelasan berhubungan isu anggotanya Izzue Islam menarik diri secara mengejut kerana rasa dipinggirkan.

 

SGMS Faida