Hiburan By: SGMS Faida March 1, 2018 @ 4:38am

Kami Mohon Maaf – Naelofar Hijab

Susulan kontroversi majlis pelancaran hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk kelmarin, Syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd akhirnya memohon maaf.

Rata-rata netizen meluahkan tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat ini yang dianggap keterlaluan terutama penyokong kuat jenama Naelofar Hijab.

“ Syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden ini.

“Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak,” tulis Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor dalam satu kenyataan. 

Kakak kepada Neelofa ini memberitahu syarikat mengambil langkah selamat sepanjang majlis dengan memastikan tiada jenama dan botol minuman keras di situ.

“ Gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

“Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit.

“Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan,” tambahnya.

Majlis pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa yang dianjurkan NH Prima International di Zouk dikecam hebat di sosial media memandangkan ramai berpendapat majlis ini tidak sesuai dengan imej pelakon dan pengacara popular itu yang bergelar Hajah.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Neelofa termasuk memintanya bertaubat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 11 Apr 2019

‘Jangan Bandingkan Kami’- Amyra Rosli Ulas Kemenangan Janna Nick Di DFKL 2019

‘ Jangan bandingkan kami,’ demikian komen pelakon Amyra Rosli mengenai kemenangan Janna Nick dalam kategori Aktres Pilihan di Drama Festival Kuala Lumpur 2019, Ahad lalu. Pelakon drama Nur 2 ketika ditemui di majlis pembukaan pusat […]

Hiburan Tue, 12 Mar 2024
Featured Sun, 26 May 2024
Featured Mon, 3 Jul 2023
Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu […]