Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 12, 2024 @ 4:17pm

Nama Dibuang Dari Telemovie, A. Aida ‘Blacklist’ Ruhainies – “Isu Ini Serius & Saya Baik Dengan Bella Astillah”

Penerbit terkenal, Datuk A Aida menegaskan tidak lagi bekerjasama dengan pelakon sensasi, Ruhainies susulan dakwaan berkhalwat dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz.

Memetik laporan mStar, A. Aida menganggap kontroversi yang berlaku bukan perkara kecil dan akan memberi impak kepada karya terbitan miliknya.

Ruhainies dikatakan bakal memulakan penggambaran telefilem pada April, namun pihak produksi A Aida sudah mencari pelakon wanita untuk menggantinya.

“Saya tak nak ambil dia berlakon lagi. Apabila isu ini berlaku, saya tahu ia akan menjejaskan drama atau telemovie terbitan saya.

“Kita berbincang dan sudah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak sahaja. Kalau sudah tandatangan pun, saya sebagai penerbit berhak buang namanya.

“Bagi saya isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telemovie itu nanti,” katanya.

Sementara itu, A Aida juga mahu menjaga hubungan baik dengan selebriti, Bella Astillah yang merupakan isteri kepada Aliff.

“Saya pun baik dengan Bella, jadi rasanya tidak elok saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu yang berlaku melibatkan mereka semua,” katanya.

Ruhainies

Sebelum ini, Ruhainies dan Aliff Aziz ditangkap khalwat dalam kediaman milik aktres ini.

Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan sementara di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Artikel Berkaitan: Penyanyi Lelaki & Pelakon Wanita Ditangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: Spekulasi Terjawab… Aliff Aziz ‘Kantoi’ Berkhalwat, Bella Astillah Mohon Ruang

Artikel Berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

Artikel Berkaitan: Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Tidak Lagi Terlibat Dalam Drama Gandingan Aliff Aziz & Ruhainies, Syukur Penerbit Memahami – “Terima Kasih…”

Artikel Berkaitan: “Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Tegur Tindakan Ruhainies Bawa Balik Suami Kawan Baik Pulang Ke Rumah Sebagai Bentuk Pengkhianatan Paling Zalim

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 27 Nov 2018

Kerana Langgar Kontrak RM4 Billion, Genting Keluarkan Saman Buat Walt Disney

Fox mengeluarkan notis tindakan bertujuan dapat menamatkan kontrak terbabit  demi kepentingan dan faedah sendiri. Like seriously?

Hiburan Mon, 28 Aug 2023

Tak Sempat Pergi Honeymoon, Ainul Aishah Bengang Kena ‘Sound’ Sebab Pentingkan Diri?

Lahhh kenapa pulak nak kacau orang nak pegi honeymoon ni?

Hiburan Tue, 13 Aug 2019

Apa Nabila Buat Untuk Tiru Che Ta?

OMG…sama sungguh ni!

Events Thu, 15 Nov 2018

王冠逸返马出席活动自嘲「都不红!」

凭着《延禧攻略》海兰察一角爆红的王冠逸返马出席活动;在主持人介绍他歌手身份时,自嘲歌曲都不红!

Hiburan Thu, 29 Feb 2024