Featured By: Salma Syahbuddin July 3, 2023 @ 11:05am

[VIDEO] Merdunya! Netizen Puji Suara Umai Persis Siti Nurhaliza, ‘Tone’ Pula Macam Ernie Zakri

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan anak saudaranya, Ummi Umairah Saiful Anuar atau lebih dikenali sebagai Umai tampil mencuri perhatian selepas menyanyikan lagu duet Kau Mawarku baru-baru ini.

Menerusi video tular di TikTok, nyanyian tersebut telah dirakam dan dikongsikan oleh bekas wartawan dan penerbit, Datuk Saniboey Mohd Ismail di laman sosialnya.

“Datuk Seri Siti Nurhaliza ajak aku nyanyi tapi aku tolak sebab tak mau dia terkejut,” tulisnya.

Kagum dengan kelunakan suara antara Siti dan Umai, maka tidak hairanlah jika perkongsian tersebut meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Malah, rata-rata netizen menyifatkan Umai sebagai pelapis Siti Nurhaliza memandangkan dia memiliki suara merdu persis ibu saudaranya itu.

Selain itu, ada juga segelintir netizen yang memuji ‘tone’ suara Umai seperti penyanyi popular, Ernie Zakri.

“Tone suara Umai macam Ernie Zakri,” komen netizen.

Difahamkan, video tersebut dirakam ketika sambutan Hari Raya Aidiladha di kediaman kakak kepada Datuk Khalid Mohd Jiwa iaitu Datin Zaiton Mohd Jiwa di Kemensah Heights, Selangor baru-baru ini.

Untuk rekod, lagu Mawarku adalah lagu duet Siti Nurhaliza bersama Kumpulan 2 BY 2 yang dilancarkan pada tahun 1996.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Suami Tak Cari Lain? Ini Tips Nora Jaga Rumah Tangga

Tips berguna buat para isteri diakhir zaman ni. Suami? Jangan pernah lupa tanggungjawab juga okay!

Trending Mon, 19 Feb 2024
Featured Mon, 3 Apr 2023
Hiburan Sat, 3 Nov 2018

Psst…Corat Coret ASK 2018

Korang perasan tak bila…

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Gong Hyo Jin Chooses Favourite Character She’s Played

And it’s not what most of us expected.

Events Tue, 9 Apr 2019

Barisan Artis Lagenda Bakal Buat Persembahan, Jom Ke KL Jamm 27-28 April Ini!

KL Jamm yang dianjurkan Music Unlimited International Sdn.Bhd ini, bakal menggabungkan pelbagai genre muzik seperti rock, hip hop, jazz dan juga pop.