Kapsyen ‘Biar Gambar Berbicara’ Cetus Persoalan Hubungan Shuib & Wan Sharmila, Ini Respons Ibu Shuib

Selepas tular foto mesra pelakon Wan Sharmila dan ibu kepada pelawak, Shuib iaitu Salamiah Jalani beberapa hari lalu, warganet nampaknya tidak henti-henti mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagian buat selebriti itu.

Malah, ada diantara mereka menganggap hubungan kedua-dua wanita itu dilihat sangat rapat berdasarkan foto dan video yang dimuat naik di akaun TikTok milik ibu Shuib pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:“Biar Gambar Berbicara…” – Muat Naik Foto Mesra Bersama Wan Sharmila, Ibu Shuib Beri ‘Hint’?

Bagaimanapun, ibu Shuib nampaknya tampil menjawab segala kekeliruan dalam kalangan warganet mengenai maksud disebalik kapsyen yang ditulisnya itu.

“Saya sebenarnya peminat Wan Sharmila, gembira dapat berjumpa dia.

“Tentang bakal menantu seperti yang digembar-gemburkan itu saya serahkan segalanya kepada Allah. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan,” katanya.

Tambahnya lagi, sempena genap setahun pemergian menantunya yang juga penyanyi, Siti Sarah Raissuddin pada 9 Ogos lalu, dia mengakui tidak menolak sekiranya anaknya bertemu jodoh kelak.

Baginya, apa yang penting adalah kebahagian anak dan cucu-cucunya.

“Saya tidak kisah andai Shuib mahu berkahwin. Soal jodoh siapalah kita hendak menghalang. Apa yang boleh buat Shuib gembira, insyaAllah saya akan lebih gembira.

“Siapa yang tidak mahu melihat anak bahagia… Yang pergi tetap akan pergi, yang masih hidup kena teruskan,” jelasnya.

Terdahulu, pelakon drama rantaian Wan Senja itu hadir sebagai tetamu pada majlis tahlil bersempena genap setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin yang berlangsung di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Baju Terakhir Arwah Sebelum ke Hospital Jadi Pengubat Rindu” – Shuib Batal Niat Ubah Suai Rumah Gara-Gara Mimpi Sedih

ARTIKEL BERKAITAN:“Tanggungjawab Ibu Tiri Sangat Berat” – Netizen Tak Setuju Shuib Kahwin Lain

ARTIKEL BERKAITAN:Shuib Enggan Berkahwin Dengan Selebriti Atau Usahawan – “Tidak Kisah Calon Daripada Kalangan Wanita Biasa”

ARTIKEL BERKAITAN:“Rindu Yang Sangat Unik Sebab…” – Genap Setahun Pemergian Siti Sarah, Shuib Alami Perubahan Perasaan Setiap Hari

 

Sumber: Mstar

Salma Syahbuddin