Gelagat Sarah Suhairi Takut Nyalakan Lilin Jadi Tumpuan Peminat!

Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-22 minggu lalu, gelagat penyanyi Sarah Suhairi takut nyalakan lilin menjadi tumpuan peminat.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sarah seolah-olah melakonkan semula gelagat sesetengah pihak yang takut untuk menyalakan lilin menggunakan pemetik api atau ‘lighter’.

“22 #ManaKuTahan,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata pengikutnya dan rakan artis terhibur dengan perkongsian yang dibuat oleh penyanyi itu.

Terbaharu, Sarah telah mengajak peminatnya untuk menghasilkan content dengan menggunakan tanda pagar #ManaKuTahan kerana ingin mencari pemenang untuk Meet & Greet bersamanya.

Fatin Nurain