Hiburan By: Ad Ops April 25, 2018 @ 2:13pm

Kazar Terkejut Anak Kandung Sengaja Sebar Gambar Cium

Pernah kecoh di laman sosial apabila anak pelakon dan pelawak terkenal, Ira Kazar memuatnaik video tarian geleknya yang mengghairahkan di laman instagram. Terbaru, beliau sekali lagi tampil dengan kontroversi lain. Jika dilihat menerusi insta story beliau, Ira kelihatan memuatnaik gambar mesranya sedang mencium seorang lelaki.

Manakala, Kazar hanya mengetahui tindakan anaknya itu selepas dimaklumkan oleh pihak media. Menurutnya, lelaki dalam gambar tersebut ialah anak saudaranya. Hubungan Ira dan sepupunya itu sangat rapat sejak mereka kecil lagi.

Walaupun mereka adalah sepupu, Ira tidak sepatutnya berkelakuan sebegitu. Dan, Ira tidak boleh memuatnaik gambar mesra mereka untuk tontonan umum. Dia sudah besar, saya juga ada menasihatinya beberapa kali kerana setiap tindakannya akan dikaitkan dengan saya. Saya harap dia faham”, Katanya.

Tambahnya lagi, dia tidak akan pernah berhenti menasihati Ira atau nama sebenarnya Fadira Fatini, dan meminta agar netizen tidak memperbesarkan isu ini lagi. 

Saya risau jika ada orang yang mengatakan saya ni sibuk bagi nasihat di instagram, tapi anak sendiri pun bermasalah. Percayalah, saya sentiasa cuba yang terbaik dalam mendidik kesemua anak-anak saya,” Jelasnya

Dia yang ditemui dalam pelancaran supertelefilem Budak Kripto sempat mempromosikan filem terbarunya itu. Filem ini merupakan karya pengarah berpengalaman, Din CJ yang turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Fahrin Ahmad, Afifah Nasir,  dan lain-lain.

Ditulis Oleh : Nur Nasuha

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Jan 2023
Hiburan Mon, 7 Oct 2019
Hiburan Tue, 26 Nov 2019

Black is Back! Protege Aedy Kama Muncul Juara Minggu ke-7!

Akhirnya! Dari ‘bottom two’, kini juara mingguan! Hebat!

Hiburan Sun, 14 Oct 2018
Hiburan Sun, 12 Sep 2021

“Rezeki Tak Pernah Salah Alamat” – 2 Tahun Rehat, Amira Othman Bersyukur Kini Kembali Aktif

Selepas hampir dua tahun tak muncul dengan karya baharu, penyanyi Amira Othman bersyukur rezekinya datang mencurah-curah walaupun dalam keadaan pandemik. Sebelum ini, Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, 28, berehat kerana mengalami kecederaan otot. […]

Hiburan Tue, 12 Dec 2017

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

Fattah dan Neelofa Berkongsi Jenama “OPPO”,

Featured Thu, 13 Jan 2022

“Mereka Tak Mahu Hadapi Kesusahan” – Jackie Chan Sifatkan Pelakon Muda Enggan Bersungguh Dalam Kerjaya

Pelakon popular antarabangsa, Jackie Chan, 67, baru-baru ini tampil dalam sebuah program bual bicara memperingati Golden Rooster Awards di mana dia meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pelakon muda. Pelakon filem aksi itu berkata, pelakon muda […]