Keluarga Restu Hubungan Cinta, Namun Eyka Farhana Dedah Tidak Merancang Ke Fasa Perkahwinan Gara-Gara…

Umum mengetahui hubungan cinta yang terjalin antara pelakon jelita, Eyka Farhana dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Akhyar Rashid sering menjadi perhatian dan usikan dalam kalangan warganet di laman sosial.

Pada awalnya, pasangan sejoli tersebut dilihat tidak terlalu mendedahkan hubungan mereka walaupun sudah bertahun bercinta tetapi kini masing-masing dilihat lebih terbuka.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga, Eyka Farhana atau nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, akui keluarganya menerima baik hubungan mereka dan tiada sebarang halangan.

“Alhamdulillah semua okay, orang kata tak ada halangan apa-apa… Cuma follow the flow lah.

“Insya-Allah kalau ada jodoh,” ujarnya ringkas.

Namun begitu, pelakon drama Budak Tebing itu menjelaskan bahawa dia tidak merancang untuk ke fasa pertunangan atau perkahwinan dalam masa masa terdekat ketika ditemui di sesi fotografi drama Budak Tebing 3 di Sri Pentas, Bandar Utama, pada Selasa.

“Bagi saya, follow the flow tapi bukan masa terdekat sebab saya rasa macam muda lagi tapi rasa dah tua… kalau ada jodoh ada lah,” kata Eyka.

Tambahnya, dia tidak mahu beria atau berlebihan bercakap soal jodoh kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa akan datang.

“Saya taknak cakap banyak pasal benda (hubungan) tu sebab saya rasa macam… we never know in future macam mana so sekarang ini saya dengan dia okay, ada jodoh ada.

“We are good, we are okay, cuma saya rasa taknak nanti bila salah cakap end up tetiba kita tak tahu in future macam mana, unless kalau saya betul-betul dah kahwin dengan dia,” kongsinya kepada XTRA.

Atiqah Johari